Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Empat individu terkaya Afrika miliki kekayaan melebihi separuh penduduk benua itu – Oxfam
  • GLOBAL

Empat individu terkaya Afrika miliki kekayaan melebihi separuh penduduk benua itu – Oxfam

Utusan Sarawak 20 hours ago

Orang terkaya Afrika, Aliko Dangote dari Nigeria, dengan nilai kekayaan bersih AS$23.3 bilion. Foto AFP

MOSCOW: Kekayaan empat hartawan terkaya di Afrika melebihi jumlah kekayaan separuh daripada populasi benua itu, menurut organisasi antikemiskinan Oxfam pada Khamis, lapor Sputnik/RIA Novosti.

“Hari ini, hanya empat hartawan terkaya di Afrika memiliki kekayaan berjumlah AS$57.4 bilion — melebihi daripada jumlah kekayaan 750 juta orang, atau separuh daripada populasi benua itu,” anggar Oxfam.

Kini terdapat 23 hartawan bergelar bilionair di Afrika, dengan semua jumlah kekayaan mereka meningkat sebanyak 56 peratus dalam tempoh lima tahun lepas, mencecah AS$112.6 bilion.

Organisasi yang berpangkalan di United Kingdom itu turut menyatakan yang Afrika mencatat jurang kekayaan jantina paling besar di dunia, dengan lelaki Afrika memiliki tiga kali ganda lebih kaya berbanding wanita.

Empat bilionair terkaya Afrika ialah Aliko Dangote dari Nigeria, dengan nilai kekayaan bersih AS$23.3 bilion, Johann Rupert dan Nicky Oppenheimer dari Afrika Selatan, masing-masing dengan kekayaan bersih AS$14.2 bilion dan AS$10.2 bilion serta Nassef Sawiris dari Mesir dengan kekayaan bersih AS$9.4 bilion. — BERNAMA-SPUTNIK/RIA NOVOSTI

Continue Reading

Previous: Tragedi feri Bali: 42 mangsa ditemukan, 23 lagi masih dicari
Next: Seorang kanak-kanak maut, empat cedera dihempap dahan pokok

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.