Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Air deras di Puncak Kinabalu, pendaki berdepan detik cemas
  • SEMASA

Air deras di Puncak Kinabalu, pendaki berdepan detik cemas

Utusan Sarawak 20 hours ago

KOTA KINABALU:   Beberapa pendaki Gunung Kinabalu berdepan detik cemas apabila terpaksa menempuh air deras di sekitar puncak gunung tersebut awal pagi hari ini ekoran hujan lebat sejak semalam.

Kejadian pada kira-kira 6.00 pagi itu tular di media sosial memaparkan hujan lebat menyebabkan air deras mengalir menuruni puncak gunung hingga menyulitkan aktiviti pendakian.

Video yang dimuat naik di laman Facebook Mount Kinabalu memperlihatkan pendaki terpaksa berpaut pada tali untuk menuruni puncak berkenaan dalam keadaan hujan dan angin kencang.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ranau Rantey Fred berkata pihaknya tiada menerima laporan mengenai kejadian berkenaan setakat ini dan menasihatkan semua pihak supaya mengambil langkah berjaga-jaga.

“Setakat ini kita belum menerima apa-apa laporan tentang kejadian itu,” katanya ketika dihubungi Bernama.– Bernama

Continue Reading

Previous: Sarawak melangkah digital, SMART600 ubah landskap komunikasi pedalaman
Next: Malaysia masih ada tempoh sebulan berunding isu tarif dengan AS – PM Anwar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.