Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • LCDA Prihatin anjur gotong-royong kelestarian komuniti di Serian
  • Selatan
  • WILAYAH

LCDA Prihatin anjur gotong-royong kelestarian komuniti di Serian

Utusan Sarawak 24 hours ago
RAKAM KENANGAN... Penganjur bersama peserta program bergambar kenangan selepas program di Kampung Gayu Teng Bukap, Serian, hari ini.

SERIAN: Lembaga Pembangunan dan Lindungan Tanah (LCDA) melalui inisiatif tahunan LCDA Prihatin menganjurkan program kelestarian komuniti berbentuk gotong-royong di Kampung Gayu Teng Bukap, Serian, hari ini.

Menampilkan tema ‘Memperkukuhkan Kelestarian, Membangun Bersama Komuniti’, program tanggungjawab sosial korporat (CSR) ini menumpukan kepada kesejahteraan sosial serta memperkukuhkan prinsip Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) melalui pelbagai inisiatif menyeluruh.

Antara pengisian utama program ialah kerja-kerja membaik pulih struktur fizikal Masjid Darul Ibadah menerusi pemasangan jubin baharu serta aktiviti pembersihan kawasan dalam dan luar masjid, demi keselesaan jemaah dan komuniti setempat.

GOTONG-ROYONG memasang jubin baharu.

Usaha tersebut turut menjadi platform bagi memperkukuh hubungan antara LCDA dan masyarakat kampung selain memupuk nilai tanggungjawab terhadap rumah ibadah dalam kalangan penduduk.

Turut hadir, Pengurus Kanan Hal Ehwal Korporat LCDA, Saiful Bahari Amra Ramly; Pengerusi Masjid Darul Ibadah Kampung Gayu Teng Bukap, Mohd Idris Idet Abdullah; Pegawai Tugas Khas Kanan Harakah Islamiah (HIKMAH), Idris Ahmad; Ahli Jawatankuasa Masjid Darul Ibadah serta pegawai LCDA dan penduduk kampung.

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: 16 pesilat muda dipilih wakili Limbang ke peringkat tinggi
Next: Projek perparitan siap, risau banjir dan denggi berakhir

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.