Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Abang Johari kemuka tiga cadangan praktikal, perkukuh ekosistem hidrogen serantau
  • SEMASA

Abang Johari kemuka tiga cadangan praktikal, perkukuh ekosistem hidrogen serantau

Utusan Sarawak 19 hours ago
PREMIER Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg  menghadiri Persidangan Hidrogen Asia Dunia 2025 yang berlangsung di Tokyo, Jepun hari ini. Foto UKAS

TOKYO: Rangka kerja dasar serantau, piawaian bersama dan pelaburan yang terkoordinasi dalam ekonomi hidrogen perlu diwujudkan bagi memastikan kejayaan peralihan tenaga bersih di rantau Asia.

Sebagai langkah memperkukuh ekosistem hidrogen dalam kalangan negara-negara ASEAN, Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg mencadangkan tiga bidang kerjasama praktikal di peringkat serantau.


Menurut beliau, cadangan pertama melibatkan pembangunan platform pensijilan hidrogen Sarawak yang bertujuan membuka pasaran perdagangan, mengurangkan halangan serta meningkatkan keyakinan pembeli.

“Platform ini boleh menjadi langkah permulaan ke arah kerjasama serantau yang lebih luas bagi mewujudkan platform pensijilan hidrogen di peringkat ASEAN,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama bertajuk ‘Sarawak’s Hydrogen Vision: Catalysing Green Growth for ASEAN and Beyond’ di Persidangan Hidrogen Asia Dunia 2025 yang berlangsung di Tokyo, Jepun hari ini.

KETIBAAN Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada Persidangan Hidrogen Asia Dunia 2025 yang berlangsung di Tokyo, Jepun hari ini. Foto UKAS


Beliau menambah, cadangan kedua pula menyentuh aspek infrastruktur bersama dengan menggesa agar negara-negara serantau meneroka pelaburan bersama dalam terminal eksport, kemudahan penyimpanan dan loji penukaran yang boleh dimanfaatkan bersama negara ASEAN dan Asia Pasifik.

Sementara itu, cadangan ketiga jelas beliau memberi tumpuan kepada pertukaran teknologi dan modal insan.

“Kita bukan sahaja perlu membina kemudahan fizikal tetapi juga ekosistem pengetahuan dan kemahiran.

“Penyelidikan dan pembangunan (R&D) bersama, program latihan bersama serta kelompok inovasi akan mempercepatkan peralihan tenaga kita secara kolektif,” katanya.

Dalam pada itu, beliau menegaskan meskipun Sarawak merupakan sebuah wilayah subnasional, namun negeri itu memiliki pemikiran bertaraf global serta komitmen yang kukuh untuk melaksanakan tindakan nyata dalam memperkasa ekonomi hidrogen.

Tegasnya, Sarawak kini giat membina ekosistem mewujudkan kepercayaan dan membentuk rantaian nilai jangka panjang yang menyokong aspirasi tenaga bersih serantau.

“Kami percaya bahawa ekonomi hidrogen bukanlah perlumbaan untuk dimenangi sebaliknya satu perjalanan untuk dikongsi.

“Perjalanan ini membolehkan wilayah-wilayah sedang membangun seperti Sarawak untuk menyumbang secara bermakna kepada agenda nyahkarbon global sekali gus mewujudkan peluang pekerjaan dan kerjasama.

-UKAS

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Kunjungan hormat Jawatankuasa Penganjur CCBW 2025 ke Pejabat Setiausaha Persekutuan Sarawak
Next: JPJ Sarawak: Tiada kompromi pelanggaran undang-undang oleh kenderaan jabatan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.