Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • MAHKAMAH
  • Pemuda dipenjara 15 bulan curi motosikal di Jalan Durin
  • MAHKAMAH

Pemuda dipenjara 15 bulan curi motosikal di Jalan Durin

Utusan Sarawak 1 day ago
KOMPLEKS Mahkamah Sibu.

SIBU: Seorang pemuda dijatuhi hukuman penjara 15 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah mencuri sebuah motosikal jenis Honda Wave pada 18 Jun lalu.

Majistret Romario Jonoi memerintahkan hukuman terhadap tertuduh, Syliverstar Andy Johnny, 22, bermula dari tarikh sabitan kesalahan.

Tertuduh didakwa mencuri motosikal tersebut di Batu 22, Jalan Durin menuju ke Sibu Jaya sekitar 2.00 petang dan dikenakan pertuduhan di bawah Seksyen 379A(1) Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang dari satu tahun dan tidak lebih tujuh tahun, serta boleh dikenakan denda.

Berdasarkan fakta kes, pengadu meletakkan motosikalnya tanpa berkunci di tepi jalan sebelum pergi ke kebun. Sekembalinya, beliau mendapati motosikalnya telah hilang, menyebabkan kerugian dianggarkan sebanyak RM2,500.

Susulan siasatan, polis menahan tertuduh pada 25 Jun lalu sekitar 11.15 pagi di Jalan Julau. Hasil tangkapan itu, sebuah motosikal berjaya ditemukan di belakang sebuah kedai di Sepupok, Niah pada keesokan harinya, sekitar 2.30 petang.

Kes dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa, Inspektor Kumareswaran A/L Murugan, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Oleh Akun Giman

Tags: mahkamah

Continue Reading

Previous: Mahkamah benarkan SPRM pinda notis usul beku aset luar negara keluarga Daim
Next: Dokumen tambahan: Mahkamah persekutuan tangguh keputusan berhubung rayuan AG

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.