Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Perkukuh peranan wanita dalam landskap politik
  • Tengah
  • WILAYAH

Perkukuh peranan wanita dalam landskap politik

Utusan Sarawak 13 hours ago
RAKAM KENANGAN… Senator Susan Chemerai Anding (duduk tengah) merakam kenangan bersama barisan Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan N33 Engkilili.

ENGKILILI: Usaha memperkukuh peranan wanita dalam landskap politik terus digiatkan apabila Ahli Dewan Negara, Senator Susan Chemerai Anding, turun padang mengadakan perjumpaan bersama barisan Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan N33 Engkilili.

Sesi yang berlangsung di Pejabat PBB Cawangan Engkilili itu diadakan sempena Mesyuarat Jawatankuasa Wanita Cawangan dan telah menghimpunkan pimpinan serta ahli wanita akar umbi dari seluruh kawasan N33.

Dalam ucapannya, Senator Susan menegaskan kepentingan memperkukuh kapasiti wanita dalam pelbagai aspek kepimpinan serta pembangunan sosioekonomi, terutamanya dalam kalangan komuniti luar bandar.

Beliau turut membentangkan beberapa cadangan program strategik untuk 2025 yang memberi tumpuan kepada bidang keusahawanan, pembangunan kepimpinan komuniti dan pemerkasaan ekonomi wanita.

“Peranan wanita sebagai tulang belakang jentera parti tidak boleh dipandang ringan. Kita mesti memastikan wanita bukan sekadar pelengkap organisasi, tetapi menjadi pemacu utama perubahan di peringkat akar umbi,” tegas beliau.

Perjumpaan ini juga membuka ruang kepada ahli jawatankuasa wanita cawangan untuk menyuarakan pandangan, cadangan dan aspirasi mereka secara langsung kepada Senator Susan.

Antara isu yang dibangkitkan termasuk kesiapsiagaan menghadapi pilihan raya dan usaha memperkukuh solidariti serta struktur organisasi wanita dalam parti.

Sementara itu, Jambu Udan menzahirkan penghargaan atas komitmen Senator Susan yang sentiasa mendekati akar umbi, sambil menegaskan bahawa sokongan dan penglibatan aktif wanita adalah kunci kejayaan gerak kerja parti di peringkat kawasan.

Diskusi dua hala tersebut disifatkan sebagai amat positif dan membina, sekali gus mencerminkan iltizam tinggi pimpinan wanita PBB untuk terus memacu kemajuan dan kesejahteraan masyarakat setempat.

Turut hadir Ketua Wanita Cawangan N33 Engkilili, Jambu Udan, yang mengetuai perbincangan strategik bersama Senator Susan.

Oleh Tarani Lanting

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Aktiviti mengecat pili bomba wujudkan semangat kebersamaan komuniti
Next: Huang terima dua jemputan kehormat dari persatuan tempatan Sarikei

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.