Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Bomba Bintangor bantu angkat pesakit obesiti ke dalam ambulans
  • Tengah
  • WILAYAH

Bomba Bintangor bantu angkat pesakit obesiti ke dalam ambulans

Utusan Sarawak 8 hours ago

KHIDMAT KHAS… Anggota bomba membantu mengangkat pesakit obesiti ke dalam ambulans. Foto BBP Bintangor

BINTANGOR: Pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor telah menjalankan khidmat khas mengangkat pesakit obesti ke dalam ambulans. 

Ketua BBP Bintangor, Mahmudin Narudin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar 5.34 petang semalam. 

“Respons dengan panggilan kecemasan, ketua operasi, Pegawai Bomba Kanan (PBK) I, Haron Jenai bersama lima anggota bomba bergegas ke lokasi di Jalan Bakong. 

“Setibanya di lokasi, didapati pesakit obesiti memerlukan bantuan untuk diangkat ke dalam ambulans dan dihantar ke Klinik Kesihatan Bintangor,” katanya ketika dihubungi, hari ini. 

Katanya, pasukan bomba membantu mengangkat pesakit tersebut ke dalam ambulans. 

“Khidmat khas di lokasi selesai sepenuhnya pada 7.00 malam,” katanya. 

Oleh Earl Anek 

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Wanita sesat di hutan tujuh jam ditemukan selamat
Next: Malam Pavilion BCF 2025 raikan keindahan budaya Melayu Melanau

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.