Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • Tonjolkan bakat di pentas terbuka sejak usia muda
  • HIBURAN

Tonjolkan bakat di pentas terbuka sejak usia muda

Utusan Sarawak 18 hours ago
ADUN Bukit Bengunan, Datuk Mong Dagang hadir merasmikan Pertandingan Bintang Kecil Piala Datuk Mong bagi sekolah-sekolah rendah di kawasan DUN Bukit Begunan di SK Selepong, kelmarin. Foto Pusat Khidmat ADUN Bukit Begunan

PANTU: Pertandingan Bintang Kecil Piala Datuk Mong bagi sekolah-sekolah rendah di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Begunan telah diadakan dengan jayanya di Sekolah Kebangsaan (SK) Selepong, kelmarin.

Pertandingan ini bertujuan mencungkil bakat dan potensi nyanyian dalam kalangan murid-murid sekolah rendah serta memberi ruang kepada mereka untuk menonjolkan bakat di pentas terbuka sejak usia muda. 

Ia turut menjadi platform penting untuk memupuk semangat keyakinan diri, keberanian serta disiplin dalam kalangan peserta.

ADUN Bukit Bengunan, Datuk Mong Dagang hadir merasmikan Pertandingan Bintang Kecil Piala Datuk Mong bagi sekolah-sekolah rendah di kawasan DUN Bukit Begunan di SK Selepong, kelmarin. Foto Pusat Khidmat ADUN Bukit Begunan

Program tersebut telah mendapat sambutan hangat daripada sekolah-sekolah di sekitar DUN Bukit Begunan dengan penyertaan murid-murid yang berbakat dan kreatif dalam persembahan masing-masing.

Keunikan suara dan persembahan peserta menjadi tumpuan utama sepanjang pertandingan berlangsung.

Majlis turut dihadiri oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Begunan, Datuk Mong Dagang, guru besar, guru pengiring serta warga pendidik yang memainkan peranan penting dalam memberi sokongan dan bimbingan kepada para peserta. Kehadiran ibu bapa dan komuniti setempat juga menambahkan lagi kemeriahan suasana.

Mong berkata pertandingan ini bukan sekadar sebuah acara hiburan semata-mata, malah menjadi simbol usaha berterusan dalam memperkasa pembangunan sahsiah murid serta memperkukuh kerjasama antara pihak sekolah, guru dan komuniti.

“Penganjuran pertandingan ini juga merupakan inisiatif murni dalam menyokong dasar pendidikan yang holistik, seiring dengan hasrat membentuk generasi muda yang seimbang dari segi akademik dan bakat.

“Tahniah diucapkan kepada semua pemenang yang telah menunjukkan prestasi cemerlang, serta kepada semua peserta yang berani tampil mempersembahkan bakat mereka di hadapan khalayak ramai,” katanya.

Mong turut menzahirkan ucapan penghargaan yang turut ditujukan kepada semua guru pengiring serta penganjur yang telah bertungkus-lumus menjayakan program ini. 

“Semoga pertandingan seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang bagi melahirkan lebih ramai bintang kecil dari kawasan DUN Bukit Begunan,” jelasnya.

Oleh Adi Safarman

Tags: Hiburan

Continue Reading

Previous: Industri kreatif digital jana RM5.3 bilion, 10,000 peluang pekerjaan pada 2023- Gobind
Next: Kumpulan nasyid Malaysia cipta impak di Festival Algeria

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.