Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Pasukan Pendidikan Khas Limbang raih tempat kelapan di MSS Sarawak 2025
  • SUKAN

Pasukan Pendidikan Khas Limbang raih tempat kelapan di MSS Sarawak 2025

Utusan Sarawak 1 day ago
ANAK ISTIMEWA…Pasukan Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) PPD Limbang berjaya meraih tempat ke lapan bergambar bersama pada kejohanan itu. Foto: Adeng Edrus

LIMBANG:  Pasukan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Limbang, tidak pulang dengan hampa apabila meraih kedudukan kelapan daripada 30 kontinjen yang bersaing pada Kejohanan Olahraga Pendidikan Khas Majlis Sukan Sekolah (MSS) Peringkat Sarawak 2025 yang melabuhkan tirainya di Sarikei baru-baru ini.

Unit Pendidikan Khas Limbang dalam satu perkongsian berkata pada kejohanan sama pasukan itu berjaya merangkul 13 pingat iaitu lima emas, enam perak dan dua gangsa.

“Walaupun hanya kontinjen kecil kami mampu menyaingi kontinjen besar dari seluruh daerah di Sarawak .

“Empat  atlet telah berjaya mencipta rekod baharu dan seorang atlet telah berjaya mewakili Sarawak ke peringkat kebangsaan.

“Terima kasih kepada barisan jurulatih, pengurus pasukan dan guru pengiring yang terdiri daripada guru perdana dan guru Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) atas komitmen yang tinggi dalam memastikan kemenjadian anak-anak,” katanya.

Majlis perasmian penutupan kejohanan itu disempurnakan Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam merangkap Ahli Parlimen Sarikei, Dato’ Sri Huang Tiong.

Oleh Adeng Edrus

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Wan Arif-Roy King berdepan kekeliruan adaptasi falsafah Herry – Rexy
Next: Pertandingan Menyumpit Antarabangsa warnai BCF 2025

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.