Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • RENCANA
  • Long cari pewaris jaga kucing
  • RENCANA

Long cari pewaris jaga kucing

Utusan Sarawak 1 day ago

SEORANG warga emas pencinta kucing di China ingin mewariskan hartanya kepada sesiapa saja yang sanggup menjaga kucing kesayanganya tanpa syarat.

Dia yang kini berusia 82 tahun itu, yang dikenali sebagai Long, dari wilayah Guangdong di selatan China, telah mencetuskan perbincangan hangat di media sosial tanah besar China.

Long masih mencari seseorang yang sanggup menjaga haiwan peliharaannya, Xianba, selepas kematiannya.

Media tempatan melaporkan bahawa Long tidak mempunyai anak dan telah tinggal bersendirian sejak isterinya meninggal dunia sedekad lalu.

Beliau telah mengambil empat ekor kucing jalanan pada hari hujan — Xianba dan tiga ekor anaknya.

Kini hanya Xianba yang masih bersamanya, menyebabkan Long mula mencari penjaga sekiranya dia meninggal dunia dahulu.

Menurut Guangdong Radio and Television, Long berkata beliau bersedia menyerahkan semua hartanya, termasuk pangsapuri dan simpanan, kepada sesiapa yang sanggup ‘menjaga kucingnya dengan baik’.

Long amat menyayangi kucingnya, Xianba dan mahu kucing itu menjalani kehidupan terbaik selepas kematiannya.

Namun begitu, setakat ini dia masih belum menemui orang yang sesuai.

Ramai warga siber meluahkan rasa tidak percaya terhadap situasi itu.

“Sekiranya tiada siapa yang mahu menerima tawaran itu, mungkin kerana mereka tidak benar-benar menyayangi kucing atau syarat lelaki tua itu terlalu ketat,” kata seorang netizen.

Terma kontrak penjagaan kucing itu belum didedahkan.

“Lelaki tua itu mungkin sanggup menyerahkan hartanya, tetapi orang yang menerimanya mungkin berdepan saman daripada waris lelaki itu yang mendakwa mereka berhak ke atas harta pusaka tersebut,” kata seorang lagi warga siber.

Kod Sivil China, yang mula berkuat kuasa pada 2021, membenarkan seseorang membuat wasiat untuk mewariskan harta kepada negara, institusi, atau individu.

Ada juga warga siber menyatakan kesanggupan menjaga kucing Long tanpa menerima wang daripadanya.

“Saya sanggup mengambil kucing itu, saya tidak perlukan wangnya,” katanya.

“Saya sanggup menjaganya,” kata seorang lagi, sambil menyatakan bahawa dia memahami hasrat Long.

Pemerhati dalam talian turut mengingatkan Long agar berhati-hati dengan individu yang mungkin mendera haiwan semasa mencari penjaga yang sesuai.

“Saya juga pernah memikirkan perkara yang sama. Saya tidak kenal sesiapa yang saya boleh percaya untuk menjaga kucing saya, jadi cara terbaik adalah dengan memberikan wang kepada penjaga itu kerana saya tidak mahu kucing saya menjadi beban kepada mereka,” katanya.

Continue Reading

Previous: Aktiviti mencari katak mula dapat sambutan di hutan Borneo

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.