Sarang penyengat ditemui di bawah sofa, APM Lawas lakukan tindakan pantas

Facebook
WhatsApp
SEMBURAN RIDSECT...anggota APM lengkap berpakaian keselamatan menyembur racun semburan Ridsect ke arah sarang penyengat.

LAWAS: Serangan penyengat di ruang beranda rumah terbongkar apabila penghuni menemui beberapa sarang serangga itu di bawah sofa luar rumah mereka di Kampung Tanjung Bakong, Sundar, di sini.

Sepasukan anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Lawas segera ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan daripada pengadu yang juga pemilik rumah berkenaan.

Hasil pemeriksaan, pasukan APM mengesahkan kehadiran beberapa sarang penyengat hitam yang bersarang di bawah sofa di beranda rumah.

Pasukan APM kemudian bertindak memusnahkan semua sarang tersebut sepenuhnya menggunakan teknik semburan racun serangga jenis ‘Ridsect’ bagi memastikan keselamatan penghuni.

Oleh Adeng Edrus