EARL ANEK
BINTANGOR: Sebanyak 21 kawasan di daerah Meradong menerima bantuan makanan daripada Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan Yayasan Kebajikan Negara (YKN), Sabtu lalu.
Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor, PPgB Nicholas Belulin, tiga kumpulan petugas terdiri daripada pasukan bomba, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bertugas menghantar bantuan makanan tersebut.
“Penghantaran bantuan makanan tersebut bermula pada jam 9.30 pagi. Kumpulan pertama menghantar bantuan makanan ke kawasan Mupong dan Stubah, Bintangor.
“Lokasi tempat penghantaran adalah di Rumah Bala, Rumah Johanas, Rumah Getai, Rumah Empati, Rumah Jerni Jam, Rumah Jamie, Rumah Udut, Rumah Umboh, Rumah Siah, Rumah Indit, Rumah Jelani, Rumah Bap, dan Kampung Sebenak,” katanya ketika dihubungi pemberita, petang semalam.
Tambahnya, kumpulan kedua menghantar bantuan ke kawasan Jalan Sibu-Tanjung Manis bagi kawasan daerah Meradong di Rumah Buan, Rumah Lily dan Rumah Grunsin.
“Manakala untuk kumpulan ketiga, penghantaran bantuan makanan adalah ke kawasan Semaring dan Stubah, Bintangor.
“Lima rumah panjang di kawasan tersebut yang menerima bantuan makanan berkenaan adalah Rumah Libau, Rumah Pangan, Rumah Margaret, Rumah Nyait dan Rumah Gelayan,” ujarnya.