Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Ngiling Tikai IPD Julau meriah, perkukuh jalinan PDRM, komuniti
  • Tengah
  • WILAYAH

Ngiling Tikai IPD Julau meriah, perkukuh jalinan PDRM, komuniti

Utusan Sarawak 17 hours ago
NGILING TIKAI….KPD Julau, DSP Alif Haiqal Ramesh Abdullah bersama ADUN Meluan, Rolland Duat Jubin melakukan upacara Ngiling Tikai. Foto Facebook Polis IPD Julau

JULAU: Majlis Ngiling Tikai Gawai Dayak Peringkat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Julau 2025 disambut meriah sebagai simbol penutupan rasmi perayaan Gawai Dayak, sambil mempererat hubungan antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan komuniti setempat.

Majlis yang berlangsung di pekarangan IPD Julau baru-baru ini menghimpunkan kira-kira 120 tetamu jemputan, terdiri daripada wakil rakyat, ketua-ketua jabatan, pemimpin masyarakat, pegawai kanan PDRM serta ahli Persatuan Keluarga Polis (PERKEP).

Ketua Polis Daerah Julau, DSP Alif Haiqal Ramesh Abdullah, berkata majlis Ngiling Tikai bukan sekadar acara penutup musim menuai, malah membawa makna yang lebih mendalam sebagai simbol kesyukuran, permulaan baharu dan semangat kekeluargaan.

“Inilah nilai yang kita ingin suburkan dalam pasukan polis serta dalam hubungan dengan masyarakat.

Saya percaya, keselamatan dan keharmonian masyarakat hanya dapat dicapai melalui kerjasama erat antara pihak polis dan rakyat.

Majlis seperti ini menjadi wadah memperkukuh silaturahim antara PDRM dan masyarakat di Daerah Julau,” katanya.

Majlis turut diserikan dengan pelbagai acara kebudayaan seperti tarian ngajat oleh anggota IPD Julau, pertandingan karaoke, pertandingan pakaian tradisional terbaik, persembahan bunga api serta acara simbolik ‘Ngetas Ranyai’ yang menjadi kemuncak majlis.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meluan, Rolland Duat Jubin, Temenggong Bahagian Sarikei, Datuk Janggu Banyang, Pegawai Pusat Khidmat Parlimen Julau, Oscar Isa selaku wakil kepada Datuk Larry Sng Wei Shien serta Penghulu Pekan Julau, Joseph Wong King Said.

Oleh Earl Anek

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Perkasa kesedaran komuniti terhadap bencana
Next: Gangguan bekalan air di Jalan Jebong, Taman Mawar, Bau

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.