Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Kejohanan Tertutup Bola Sepak Belia Petronas 2025 di Kuching dan Bintulu
  • SUKAN

Kejohanan Tertutup Bola Sepak Belia Petronas 2025 di Kuching dan Bintulu

Utusan Sarawak 11 hours ago
MENTERI Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah pada sidang media PYFCT 2025 di Bangunan Baitulmakmur II, hari ini. Foto Amanda L

KUCHING: Petroliam Nasional Bhd (Petronas) meneruskan usaha memperkasa pembangunan bakat muda menerusi penganjuran Kejohanan Tertutup Bola Sepak Belia Petronas 2025 (PYFCT 2025) yang akan berlangsung di dua lokasi utama, iaitu Kuching dan Bintulu.

Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata kejohanan yang berjaya dianjurkan pada tahun lalu kini diteruskan dengan skala lebih besar bagi memberi peluang lebih luas kepada bakat belia negeri ini.

“Kejohanan ini bukan sekadar platform mencungkil bakat bola sepak tetapi juga medan pembentukan sahsiah, semangat kepimpinan dan kesukanan dalam kalangan belia,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media PYFCT 2025 di Bangunan Baitulmakmur II, hari ini.

Bagi edisi tahun ini, kejohanan akan diadakan dalam dua bahagian iaitu di Kuching dari 5 Julai hingga 13 September 2025 dan Bintulu dari 5 Oktober hingga 22 November 2025 sebagai kejohanan perintis.

PYFCT 2025 dijangka menghimpunkan seramai 2,016 pemain dan pegawai membabitkan 92 pasukan daripada 22 akademi dan sekolah di Kuching serta 24 pasukan dari 12 institusi di Bintulu.

Sebagai simbolik permulaan kejohanan, Majlis Pengenalan Pasukan dan Upacara Pembukaan untuk kategori umur 10 dan 12 tahun akan diadakan pada 29 Jun 2025 di Mydin Hypermall Petra Jaya, Kuching.

Menariknya, tahun ini juga menyaksikan penganjuran julung kali Liga Juara Bola Sepak Belia Petronas 2025 (PYFCL 2025) yang akan berlangsung dari 29 Disember 2025 hingga 3 Januari 2026 di Kuching sebagai acara penutup rasmi kejohanan.

Beliau turut menggesa lebih banyak penyertaan korporat untuk memperkukuh usaha mencungkil bakat baharu serta memperluas capaian pembangunan belia melalui sukan.

“Dengan pelancaran aplikasi mudah alih PYFCT 2025 melalui platform Easy Tournament, ibu bapa dan orang ramai kini boleh mengikuti perkembangan kejohanan secara langsung.

“Kementerian saya akan terus komited memperkasa golongan muda menerusi sukan, latihan kepimpinan dan program komuniti ke arah membentuk masyarakat yang sihat, aktif dan berdaya tahan,” ujarnya.

Beliau menggesa agar penyertaan terus ditingkatkan, semangat kesukanan dikekalkan dan nilai-nilai murni dipegang dalam setiap usaha, sambil menegaskan bahawa sukan merupakan jalan ke arah membentuk masyarakat yang progresif dan bersatu.

Oleh Amanda L

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Mbappe tidak disenaraikan lawan Salzburg
Next: Kuala Baram Cycling Race 4.0 kembali Julai depan, tarik penyertaan antarabangsa dari 7 negara

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.