Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Premier Sarawak iringi perjalanan terakhir Allahyarhamah Puan Sri Juma’ani
  • SEMASA

Premier Sarawak iringi perjalanan terakhir Allahyarhamah Puan Sri Juma’ani

Utusan Sarawak 1 day ago
PILU… Detik pilu Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg sewaktu mengiringi solat jenazah Allahyarhamah isterinya, Puan Sri Datuk Amar Juma’ani di Masjid Jamek Negeri, Kuching. Foto UKAS

PETRA JAYA: Dalam raut wajah yang biasa mengukir senyuman dan dalam langkah yang sering tegap melangkah, hari ini, Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berdiri dalam sendu dan pilu, memandang ke persemadian cinta hatinya, isteri tercinta Allahyarhamah Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang.

Tiada kata mampu menggambarkan kehilangan yang dirasai oleh seorang pemimpin yang sentiasa kelihatan tabah di hadapan rakyatnya.

Namun, pada pagi yang hening dan dingin itu, seluruh Sarawak bersedih bersama beliau dan negeri ini turut menangis atas pemergian srikandi yang menjadi tiang seri kehidupannya.

Gambar ini menjadi saksi bagaimana seorang lelaki, seorang suami, seorang pemimpin yang tidak pernah tunduk pada badai politik, tidak goyah pada caci cerca akhirnya tumpas dalam hening air mata kerana kehilangan seorang wanita yang menjadi kekuatannya selama ini.

Seorang isteri yang sentiasa jauh dari sorotan media namun dekat di hati rakyat melalui kerja amal dan budinya yang halus.

Sarawak tidak akan melupakan detik ini saat seorang Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg yang sentiasa tenang dan bersahaja akhirnya ‘kalah’ dalam diam kerana cinta yang telah berkalang tanah.

Tangisan itu bukan kelemahan tetapi tanda kasih yang terlalu dalam, tanda kehilangan yang terlalu pedih.

Lelaki hanya menangis untuk dua insan, ibunya dan isterinya. hari ini tangisan itu bergema dalam jiwa anak-anak Sarawak.

Semoga Allah SWT mengurniakan kekuatan buat Premier kita dan menempatkan roh Allahyarhamah Puan Sri Juma’ani dalam kalangan insan yang dikasihi-Nya. Sarawak berduka, Kuching mendakap doa.

Jenazah Allahyarhamah Puan Sri Juma’ani, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Samariang, Petra Jaya di sini pada 1.52 tengah hari tadi.

Terdahulu, jenazah Allahyarhamah Juma’ani disolatkan di Masjid Jamek Negeri dipimpin Imam Besar Sarawak Datuk Mustapha Kamal Ahmad Fauzi dan dihadiri ahli keluarga, pemimpin negeri dan Persekutuan serta orang ramai.

Oleh Shikin Mahmud

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: TPM akhiri lawatan kerja rasmi di Sarawak
Next: Petronas LNG, JOGMEC dari Jepun meterai MOC perluas kerjasama sektor LNG

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.