Isteri Premier Sarawak Puan Sri Juma’ani meninggal dunia

Facebook
WhatsApp
Puan Sri Juma'ani Tuanku Bujang 

KUCHING: Isteri Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, Puan Sri Juma’ani Tuanku Bujang meninggal dunia di sebuah pusat perubatan swasta pada 3.34 pagi ini.

Berita mengenai kematian Juma’ani disampaikan menerusi hantaran WhatsApp oleh Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal-Ehwal Korporat, Penerangan dan Unit Komuniasi Awam Sarawak – UKAS) Datuk Abdullah Saidol.

Abdullah berkata penghormatan terakhir akan diadakan di Masjid Jamek Negeri pada 10 pagi hingga 12 tengah hari, sebelum pengebumian di Tanah Perkuburan Islam Semariang, Petra Jaya di sini.

Juma’ani merupakan anak kepada Yang di-Pertua Negeri Sarawak kedua Tun Tuanku Bujang Tuanku Othman.

Allahyarham meninggalkan seorang anak lelaki Abang Abdillah Izzarim, 45, dan anak perempuan Dayang Norjihan, 43.– BERNAMA

SEDAR rasmi tukar nama kepada WAWASAN

KUCHING: Parti Sedar Rakyat (SEDAR) kini secara rasmi menggunakan nama Parti Wawasan Rakyat (WAWASAN) selepas mendapat kelulusan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan