Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • TPM Fadillah tiba di Samarkand untuk hadiri Forum Perkhidmatan Awam PBB
  • SEMASA

TPM Fadillah tiba di Samarkand untuk hadiri Forum Perkhidmatan Awam PBB

Utusan Sarawak 18 hours ago
TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof tiba di Stesen Keretapi Laju Samarkand bagi menghadiri Forum Perkhidmatan Awam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 2025 Isnin ini. Foto Facebook Fadillah Yusof

SAMARKAND: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof tiba di Stesen Keretapi Laju Samarkand, Uzbekistan hari ini bagi menghadiri Forum Perkhidmatan Awam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 2025, yang dijadual berlangsung esok.

Ketibaan Fadillah yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air disambut Timbalan Menteri Tenaga Uzbekistan Umid Mamadaminov dan Timbalan Gabenor Wilayah Samarkand Rustam Kobilov.

Fadillah dijadual menyampaikan ucaptama pada forum berkenaan untuk berkongsi pengalaman Malaysia dalam usaha mentransformasi sistem penyampaian perkhidmatan awam.

Forum Perkhidmatan Awam PBB di Samarkand berlangsung dari 23 hingga 25 Jun, dan dianjurkan oleh Jabatan Hal Ehwal Ekonomi dan Sosial PBB (UN DESA) dengan kerjasama Kerajaan Uzbekistan.

Forum itu memberi tumpuan kepada keperluan mendesak bagi mempercepat kemajuan dalam bidang pentadbiran awam dan penyampaian perkhidmatan dalam usaha mencapai Matlamat Pembangunan Mampan (SDG). – Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Pemain industri perladangan wajib ambil lepasan TVET sebelum menggaji pekerja asing
Next: PM Anwar tiba di Kuching, hadiri Majlis Makan Malam Gawai 2025

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.