APM Marudi bersihkan pokok tumbang halang laluan utama Jalan Lubok Nibong

Facebook
WhatsApp
ANGGOTA APM Marudi bertindak pantas membersihkan pokok tumbang yang menghalang laluan utama di Jambatan Dabai Marudi. Foto APM Marudi

MARUDI, 26 Oktober: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Marudi bertindak pantas membersihkan pokok tumbang yang menghalang laluan utama di Jambatan Dabai, Jalan Lubok Nibong, dekat sini, malam tadi.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Marudi, Lt. (PA) Mirwan Shah Masri berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam pada 9.26 malam yang memaklumkan kejadian tersebut.

Susulan laporan itu, sepasukan empat anggota APM Marudi yang diketuai Pbt. (PA) Mohamad Aris Fadilah digerakkan ke lokasi kejadian pada 9.28 malam.

Menurutnya, lokasi kejadian terletak kira-kira 12 kilometer dari Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Marudi.

“Operasi pembersihan turut melibatkan tiga anggota lain, iaitu Pbt. (PA) Regina Douglas, Pbt. (PA) Bohari Bujang dan Pbt. (PA) Salleh Madon,” katanya.

Mirwan berkata, selepas kerja-kerja pembersihan selesai, semua anggota bergerak pulang ke PKOD Marudi pada 12.05 pagi.

Oleh Jiku Juguong