Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Kerja pembinaan parkir kereta Rumah Thomas Paulus bakal bermula
  • Tengah
  • WILAYAH

Kerja pembinaan parkir kereta Rumah Thomas Paulus bakal bermula

Utusan Sarawak 2 days ago

UNTUK RAKYAT… Kevin bersama pasukan SUPP Cawangan Bawang Assan dan jurutera Majlis Daerah Matu Daro mengadakan perbincangan dan pelarasan teknikal projek pembinaan tempat letak kereta di Rumah Thomas Paulus, Sungai Sebedil, Batang Igan.

SIBU: Projek pembinaan parkir kereta di Rumah Thomas Paulus, Sungai Sebedil, Batang Igan akan dimulakan dalam masa terdekat.

Pengerusi Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Bawang Assan, Kaunselor Kevin Lau Kor Jie berkata, cadangan projek itu adalah hasil maklum balas daripada Tuai Rumah Thomas yang memaklumkan tentang masalah kekurangan ruang parkir, khususnya ketika musim perayaan.

“Jalan masuk ke rumah panjang ini hanya cukup untuk dua kenderaan bergerak sehala. Jika berlaku parkir berganda di laluan utama, ia akan menjejaskan kelancaran trafik serta menimbulkan risiko keselamatan,” jelasnya.

Menurut Kevin, pasukan SUPP Bawang Assan bersama Tuai Rumah Thomas dan jurutera dari Majlis Daerah Matu Daro telah menjalankan perbincangan serta perancangan terperinci di tapak bagi menentukan lokasi dan saiz kawasan yang paling sesuai untuk pembinaan tempat letak kereta tersebut.

“Kami bersyukur kerana projek ini dapat direalisasikan melalui peruntukan khas Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) bagi kawasan Bawang Assan dan akan dilaksanakan oleh Majlis Daerah Matu Daro.

“Namun, kejayaan projek ini bergantung kepada kerjasama semua pihak yang terlibat,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau turut memberi jaminan bahawa pihaknya akan terus bekerjasama rapat dengan penduduk setempat dan Majlis Daerah Matu Daro untuk memastikan kelancaran dan pemantauan berterusan terhadap pelaksanaan projek tersebut.

Terdahulu, satu majlis penyerahan tapak telah diadakan pada 16 Jun lalu yang disertai oleh wakil SUPP Cawangan Bawang Assan dan jurutera Majlis Daerah Matu Daro. Dalam majlis itu, perbincangan lanjut dan pelarasan teknikal turut dibuat berdasarkan keperluan penduduk.

Oleh Akun Giman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: PUSAKA dan WCS anjur Dialog Projek Karbon Biru
Next: Generasi muda harapan negara, pewaris budaya

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.