Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Dua lelaki maut tercampak dari van di Jalan Pan Borneo, Tatau
  • KEMALANGAN

Dua lelaki maut tercampak dari van di Jalan Pan Borneo, Tatau

Utusan Sarawak 1 day ago
KEADAAN van berkenaan selepas terbabas di KM16 Jalan Pan Borneo, Tatau. Foto IPD Tatau

TATAU: Dua lelaki maut selepas van sarat muatan barangan runcit yang dinaiki mereka terbabas dan terbalik di Kilometer 16 Jalan Pan Borneo, sebelum Jambatan Semanok di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Tatau, Deputi Superintenden (DSP) Jame Reis berkata, insiden berlaku sekitar 7.30 pagi semasa van berkenaan dalam perjalanan dari Tatau menuju ke Bintulu.

Menurutnya, siasatan awal mendapati kenderaan tersebut dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas ke bahu jalan dan terbalik beberapa kali.

“Kedua-dua mangsa berusia 24 dan 18 tahun tercampak keluar dari kenderaan dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan perubatan dari Klinik Kesihatan Tatau,” katanya dalam satu kenyataan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Dalam pada itu, Jame menasihati orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi mengenai kejadian bagi mengelakkan kekeliruan serta kegusaran dalam kalangan masyarakat.

“Jika terdapat saksi atau individu yang mempunyai maklumat berkenaan kemalangan ini, diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik Inspektor Jeffery Jimbol di talian 086-584615,” ujarnya.

Oleh Carolyne Utih

Tags: kemalangan

Continue Reading

Previous: Ibu lega, anak dan menantu selamat, hanya cedera dalam nahas ragut nyawa 15 penuntut UPSI
Next: Lelaki maut kereta hilang kawalan di Suai

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.