Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Pelumba antarabangsa serikan kejohanan drift tiga hari di Litar Permyjaya
  • SUKAN

Pelumba antarabangsa serikan kejohanan drift tiga hari di Litar Permyjaya

Utusan Sarawak 3 weeks ago

MIRI: Kejohanan Borneo Star Drift Series 2025 (BSDS2025) yang berlangsung selama tiga hari bermula semalam hingga esok, menggegarkan Litar Permyjaya di sini dengan penyertaan pelumba drift profesional antarabangsa.

Acara permotoran berprestij ini dirasmikan oleh Presiden Persatuan Permotoran Sarawak, Senator Dato’ Ahmad Ibrahim, pada majlis pembukaan rasmi, semalam.

Dianjurkan oleh KDC Motorsport Club, kejohanan tersebut menarik penyertaan pelumba profesional dari Jepun, Thailand, Filipina dan beberapa negara jiran lain, termasuk nama-nama besar seperti Toni Arakaki, Davide Dorigo, dan Mervyn Nakamura.

“Ini bukan sekadar perlumbaan – ini adalah satu gerakan. Ia menjadi pentas kepada bakat tempatan untuk menyerlah, pemangkin kepada industri kreatif dan teknikal, serta bukti bahawa Sarawak bersedia menjadi hab permotoran serantau,” ujar Senator Ahmad dalam ucapannya.

Menurutnya, BSDS2025 bukan sahaja mengangkat sukan drift ke tahap profesional, malah dijangka merangsang ekonomi tempatan melalui pelancongan, penyertaan vendor tempatan, serta siaran langsung digital yang membolehkan peminat di seluruh dunia menyaksikan aksi pelumba Borneo secara dalam talian.

Beliau turut menegaskan komitmennya dalam memperjuangkan pembangunan sukan permotoran di Sarawak, termasuk perancangan pembinaan litar perlumbaan kekal serta memperluas sokongan nasional terhadap program pembangunan akar umbi.

“Saya tabik semangat anak muda seperti Pengerusi Penganjur, Andy Chong, dan pasukan KDC.

“Walaupun dengan sumber yang terhad, mereka berjaya mengangkat nama Sarawak ke pentas dunia drift.

“Anda semua ada sokongan penuh saya,” tambah beliau.

BSDS2025 turut menampilkan pelbagai kategori perlumbaan, pameran teknikal, pertunjukan kereta serta aktiviti komuniti automotif.

Para pengunjung dijangka menikmati suasana festival permotoran yang meriah dan penuh aksi dari pagi hingga malam.

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Arab Saudi, Qatar venue pusingan keempat kelayakan Piala Dunia 2026
Next: Fazzrudin Presiden FAS baharu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.