Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Satu kotak hitam pesawat Air India terhempas ditemukan
  • GLOBAL

Satu kotak hitam pesawat Air India terhempas ditemukan

Utusan Sarawak 2 days ago
PARA pegawai penyelamat membersihkan serpihan di tapak pesawat Air India 171 terhempas di kawasan perumahan berhampiran lapangan terbang di Ahmedabad semalam. Foto AFP

NEW DELHI: Pihak berkuasa penerbangan India menemukan satu daripada dua kotak hitam pesawat Air India yang terhempas di Gujarat, barat India, mengorbankan 241 orang, lapor akhbar Hindustan Times seperti dipetik Xinhua.

Pesawat yang dalam penerbangan ke London itu terhempas pada petang Khamis, sejurus selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Sardar Vallabhbhai Patel di Ahmedabad. 

Daripada dua kotak hitam, satu yang terletak di bahagian belakang pesawat ditemukan dan kini dikawal dengan selamat. 

Pihak Direktorat Jeneral Penerbangan Awam akan mengumpul peralatan itu untuk dianalisis. 

Kotak hitam kedua, yang berada di bahagian hadapan pesawat, masih belum ditemukan,” kata satu sumber yang dipetik akhbar berkenaan.

Kotak hitam merupakan perakam data elektronik yang direka mampu menahan impak pelanggaran, letupan, kebakaran dan tekanan air. 

Ia biasanya berwarna jingga terang atau kuning untuk memudahkan pencarian.

Pakar berkata punca sebenar tragedi yang menimpa Penerbangan AI171 mungkin dapat dikenal pasti menerusi perakam ini, yang mengandungi data penerbangan dan rakaman kokpit. 

Bagaimanapun, proses analisis boleh mengambil masa beberapa hari.

Pesawat Boeing 787-8 Dreamliner membawa 169 penumpang warga India, 53 warga Britain, tujuh warga Portugal, seorang warga Kanada, selain dua juruterbang dan 10 anak kapal, sebelum terhempas di kawasan Kolej Perubatan. 

Biro Penyiasatan Kemalangan Pesawat di bawah kerajaan India telah memulakan siasatan rasmi terhadap tragedi itu.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Boeing, Kelly Ortberg berkata beliau telah menghubungi Pengerusi Air India, N Chandrasekaran dan menyatakan kesediaan syarikatnya membantu siasatan pihak berkuasa India.

Pesawat AI171 yang beroperasi selama 12 tahun itu terhempas ketika berada pada ketinggian 825 kaki dan mengakibatkan kerosakan teruk di bangunan Kolej Perubatan B J.

Menurut Persatuan Doktor Gabungan Seluruh India, seorang maut di kawasan kolej, manakala sekurang-kurangnya lima pelajar perubatan serta empat ahli keluarga doktor pelatih dilaporkan masih hilang. 

Seramai 50 lagi mengalami kecederaan.

–Bernama

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Air India: ‘Mayat bergelimpangan di sekeliling saya’ cerita mangsa yang lompat keluar dari pintu kecemasan
Next: Nahas Air India: ‘Saya dah naik pesawat, semuanya baik.’ Itu panggilan terakhirnya’

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.