Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Projek jalan pesisir Sebuyau hadapi kekurangan pasir, dijangka siap 2028
  • TEMPATAN

Projek jalan pesisir Sebuyau hadapi kekurangan pasir, dijangka siap 2028

Utusan Sarawak 1 day ago
LAWATAN kerja Datuk Aidel Lariwoo ke pakej A2, jalan dari batang Sadong ke Sebuyau, second trunk road (STR) hari ini. Foto: Masrin Affirah

SEBUYAU: Kekurangan pasir yang sesuai terus menjadi cabaran utama dalam pembinaan projek jalan pesisir di Sarawak, termasuk projek Pakej A2 yang menghubungkan Batang Sadong ke Sebuyau di bawah inisiatif Jajaran Utama Kedua Sarawak (STR).

Menurut Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan, Datuk Aidel Lariwoo, banyak projek sebelum ini mengalami kelewatan, malah ada yang terbengkalai hanya kerana isu teknikal berkaitan pasir.

“Pasir dari kawasan Batang Sadong tidak boleh digunakan untuk timbunan jalan kerana kandungan lumpur dan kelodaknya terlalu tinggi. Ia diklasifikasikan sebagai bahan tidak sesuai.

“Walaupun projek sepanjang 28 kilometer itu kini mencatat kemajuan 3.85 peratus dan masih mengikut jadual untuk siap pada Ogos 2028, risiko kelewatan tetap wujud jika bekalan pasir tidak stabil.

“Untuk mengatasi masalah ini, kebanyakan pasir kini diangkut dari Sibu dan kawasan tengah Sarawak di mana jarak yang menambahkan kos serta menekan jadual pembinaan,” katanya ketika mengadakan lawatan ke tapak projek hari ini.

LAWATAN kerja ke pakej A2, jalan dari batang Sadong ke Sebuyau, second trunk road (STR) hari ini. Foto: Masrin Affirah

Namun, beliau mengumumkan berita baik muncul baru-baru ini apabila satu lokasi pengambilan pasir baharu dikenal pasti di Kabong yang jaraknya lebih dekat dengan tapak projek.

“Kita percaya sumber pasir di Kabong akan banyak membantu mempercepatkan pembinaan. 

“Dengan cuaca yang mengizinkan dan stok sedia ada yang digunakan secara optimum, kita optimis projek dapat diteruskan mengikut perancangan.

“Isu bekalan pasir bukan sahaja menjejaskan Pakej A2 tetapi juga boleh menggugat perancangan kerajaan negeri untuk menaik taraf laluan A2 kepada jalan dua lorong sepenuhnya,” jelasnya.

Tambah beliau, laluan baharu tersebut akan melalui Kampung Sungai Ladong dan menyeberangi empat jambatan termasuk satu jambatan kecil sebelum tiba di Sebuyau. 

“Apabila siap kelak, ia dijangka memendekkan masa perjalanan dari lebih sejam kepada hanya sekitar 30 hingga 40 minit.

“Dalam masa yang sama, kerajaan negeri sedang meneliti rancangan untuk menyambung jalan dua lorong dari Sebuyau ke Batang Samarahan dan terus ke Jambatan Batang Sejingkat, bagi memudahkan akses terus ke Kuching tanpa perlu melalui pusat bandar Samarahan,” ujarnya.

Oleh Masrin Affirah

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: RM67.92 juta laksana 22 projek sektor pembangunan BDDA di Kabong
Next: Lo Khere Chiang says Sarawak committed to clean energy and digital innovation

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.