Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • RM60.89 juta laksana 25 projek BDDA di Kabong
  • TEMPATAN

RM60.89 juta laksana 25 projek BDDA di Kabong

Utusan Sarawak 9 hours ago
DATO Gerald Rentap Jabu merangkap Pengerusi Sektor Pembangunan Infrastruktur BDDA mempengerusikan Mesyuarat Sektor Pembangunan Infrastruktur BDDA Bil. 2/2025 di Kompleks DUN Sarawak hari ini. Foto ADUN Kabong

PETRA JAYA: Sebanyak 99 projek telah disenaraikan di bawah sektor pembangunan infrastruktur Agensi Pembangunan Bahagian Betong (BDDA).

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Dato Mohd Chee Kadir berkata daripada jumlah tersebut sebanyak 25 projek pembangunan melibatkan kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kabong dengan kos keseluruhan bernilai RM60.89 juta kini sedang giat dilaksanakan oleh BDDA.

“Sebanyak 20 projek masih di peringkat perancangan, manakala lima projek telah siap sepenuhnya.

“Ia merangkumi pelbagai inisiatif seperti bina baharu dan penaik tarafan kemudahan asas, pembinaan jalan raya, sistem perparitan serta projek utiliti yang menyokong kesejahteraan komuniti setempat,” katanya.

Dalam pada itu, Timbalan Menteri Belia Sukan dan Pembangunan Usahawan, Dato Gerald Rentap Jabu merangkap Pengerusi Sektor Pembangunan Infrastruktur BDDA telah mempengerusikan Mesyuarat Sektor Pembangunan Infrastruktur BDDA Bil. 2/2025 di Kompleks DUN Sarawak hari ini.

Chee Kadir berkata, kehadiran beliau pada mesyuarat terbabit turut memberi penekanan terhadap kepentingan memastikan projek-projek di kawasan luar bandar khususnya di DUN Kabong dapat dilaksanakan mengikut jadual, dengan memberi manfaat langsung kepada rakyat dari segi kemudahan asas, capaian prasarana dan pembangunan sosioekonomi setempat.

“Mesyuarat ini menjadi platform penting untuk menyelaras tindakan antara agensi pelaksana, memperkemas perancangan serta mengatasi sebarang isu yang menghalang kelancaran pelaksanaan projek-projek infrastruktur di bawah seliaan BDDA,” ujarnya.

Oleh Adi Safarman

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Masjid terapung hampir siap, tebingan air Punang dilaksana RECODA
Next: Sarawak perkenal SCHB, ringankan beban rawatan warga emas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.