Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Kerjasama penduduk siapkan rumah panjang dipuji
  • WILAYAH

Kerjasama penduduk siapkan rumah panjang dipuji

Utusan Sarawak 10 hours ago
DATUK Francis Harden Hollis merasmikan majli sambutan Gawai dan ‘Gawai Mangkong Tiang’ Kampung Tinting Kubal Entebar dekat sini semalam. Foto ADUN Simanggang

SRI AMAN: Kerjasama dalam kalangan penduduk rumah panjang amat penting semasa pembinaan rumah panjang baharu supaya rumah dapat dibina dalam keadaan seragam, cantik dan menarik.

Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Datuk Francis Harden Hollis berkata tanpa kerjasama dan toleransi antara satu sama lain agak sukar membina rumah panjang sedemikian.

“Justeru, saya mengucapkan tahniah dan syabas di atas kejayaan penduduk Rumah Chembol, Tinting Kubal Entebar kerana telah bekerja keras untuk menyiapkan rumah panjang mereka.

“Komitmen berat untuk menyiapkan rumah panjang baharu kerana seperti sedia maklum, ia memerlukan perbelanjaan yang besar.

“Namun atas bantuan kerajaan, kekangan kewangan sedikit sebanyak dapat diatasi ditambah dengan kerjasama yang padu penduduk secara bergotong-royong membina rumah, menyumbang kepada kecepatan rumah dapat diduduki,” katanya.

DATUK Francis Harden Hollis menerima cenderahati pada majlis sambutan Gawai dan ‘Gawai Mangkong Tiang’ Kampung Tinting Kubal Entebar dekat sini semalam. Foto ADUN Simanggang

Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan majlis sambutan Gawai dan ‘Gawai Mangkong Tiang’ Kampung Tinting Kubal Entebar anjuran Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Simanggang dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Tinting Kubal, Entebar dekat sini semalam.

Harden yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang berkata Rumah Chembol, Tinting Kubal, Entebar yang mula dibina pada 17 Januari 2023 itu telah siap dan didiami pada 17 September 2024.

Tempoh pembinaan rumah panjang berkenaan merupakan rekod tercepat sehingga boleh diduduki dan dirasmi kerana ia mengambil masa satu tahun sembilan bulan. 

Rumah panjang 13 pintu itu didirikan dengan biaya pinjaman Perbadanan Pembangunan Perumahan (HDC) Sarawak berjumlah RM30,000 setiap ketua isi rumah (KIR).

Pada majlis tersebut, Harden turut menyampaikan cek geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP) berjumlah RM13,000 kepada lima pertubuhan iaitu Jawatankuasa Pembangunan Kawasan Ulu Undop RM3,000, Jawatankuasa St Peter’s Chapel Batu Lintang Undop RM5,000, JKKK Tinting Kubal, Entebar Undop RM3,000 dan Biro Wanita Tinting Kubal, Entebar Undop RM2,000.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: 174 asnaf, keluarga B40 terima sumbangan
Next: Semangat korban bentuk disiplin diri – Awang Tengah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.