Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Parlimen Santubong agih daging korban kepada lebih 2,000 asnaf
  • TEMPATAN

Parlimen Santubong agih daging korban kepada lebih 2,000 asnaf

Utusan Sarawak 10 hours ago
DATO Sri Nancy Shukri menyempurnakan agihan daging korban pada majlis ibadah korban 1446H peringkat Parlimen Santubong bagi zon JAKASEH di Masjid Hidayatul Rahman, Kampung Gersik hari ini. Foto UKAS

PETRA JAYA: Majlis ibadah korban 1446H peringkat Parlimen Santubong bagi zon JAKASEH berlangsung dengan penuh kesyukuran di Masjid Hidayatul Rahman, Kampung Gersik, hari ini dengan lebih 2,000 golongan asnaf menerima manfaat daripada program tahunan itu.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat merangkap Ahli Parlimen Santubong, Dato Sri Nancy Shukri merakamkan penghargaan kepada Jawatankuasa Ketua Masyarakat dan Ketua Kampung (KMKK) zon JAKASEH, Jawatankuasa Masjid Hidayatul Rahman, serta Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Gersik atas kerjasama padu dalam menjayakan majlis ibadah tersebut.

DATO Sri Nancy Shukri menghadiri majlis ibadah korban 1446H peringkat Parlimen Santubong bagi zon JAKASEH di Masjid Hidayatul Rahman, Kampung Gersik hari ini. Foto UKAS

“Alhamdulillah, kita bersyukur atas limpahan rahmat dan izin-Nya kerana dapat berkumpul dalam majlis yang penuh keberkatan ini sambil memperkukuh silaturahim dan semangat kebersamaan dalam kalangan masyarakat,” ujar beliau dalam ucapannya.

Menurut beliau sebanyak RM100,000 telah diperuntukkan bagi program korban tahun ini di seluruh kawasan Parlimen Santubong, termasuk RM30,000 khusus bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pantai Damai yang melibatkan tiga zon agihan.

“Secara keseluruhannya, DUN Pantai Damai menyaksikan seramai 250 penerima dari golongan asnaf menerima daging korban.

“Agihan tersebut melibatkan tiga zon utama, iaitu zon JAKASEH yang merangkumi 15 kampung dengan 75 penerima, zon JAKARTA melibatkan 10 kampung dengan 90 penerima, dan zon JAKSA yang terdiri daripada 14 kampung dengan 85 penerima,” katanya ketika berucap pada majlis ibadah korban 1446H peringkat Parlimen Santubong bagi zon JAKASEH di Masjid Hidayatul Rahman, Kampung Gersik hari ini.

Bagi DUN Tanjong Datu, agihan dilaksanakan melalui Lembaga Amanah Kebajikan Islam Lundu (LAKIL) yang melibatkan 1,200 penerima, manakala DUN Demak Laut melibatkan 860 penerima melalui kerjasama Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sarawak dan Jawatankuasa Surau Taman Sepakat Jaya.

“Ini menjadikan jumlah keseluruhan penerima daging korban bagi Parlimen Santubong pada tahun ini seramai 2,310 orang asnaf, mencerminkan keprihatinan dan usaha berterusan pihak parlimen dalam menyantuni golongan memerlukan,” katanya.

–UKAS

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: KMKK tonggak perpaduan, kestabilan Sarawak
Next: Sarawak perkukuh ekonomi biru, pemeliharaan paya bakau Lawas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.