Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • MDS anjur program ‘Car Free Morning’ pada 14 Jun ini
  • Tengah
  • WILAYAH

MDS anjur program ‘Car Free Morning’ pada 14 Jun ini

Utusan Sarawak 17 hours ago
PETA LALUAN….Peta laluan jalan untuk Fun Walk pada 14 Jun ini.

SARIKEI: Majlis Daerah Sarikei (MDS) akan menganjurkan program ‘Car Free Morning’ pada 14 Jun ini.

Pengerusi MDS, Kaunselor Stephen Wong Kie Yong berkata, program tersebut dijalankan bertempat di pekarangan MDS bermula 6.00 pagi hingga 10.00 pagi. 

“Program ini bertujuan untuk memberi kesedaran kepada komuniti mengenai kepentingan mengurangkan penggunaan kenderaan bermotor, sekali gus menyokong usaha menjadikan Sarikei sebagai bandar rendah karbon. 

“Selain itu, program ini turut menggalakkan amalan gaya hidup sihat dan cergas, serta memupuk kesedaran terhadap penjagaan alam sekitar dan kualiti udara.

“Antara aktiviti menarik yang akan dijalankan sepanjang program ini adalah Fun Walk (tiga kilometer), Hari Bersama Pelanggan dan kempen pengumpulan minyak masak terpakai,” katanya dalam satu kenyataan media, semalam. 

Katanya, bagi memastikan kelancaran dan keselamatan sepanjang program berlangsung, beberapa jalan utama akan ditutup dan dilencongkan secara berperingkat bermula 6.00 pagi hingga 10.00 pagi.

“Fun Walk bermula dari pekarangan MDS menuju ke mercu tanda nanas, Nyelong Esplanade, mercu tanda Sarikei, Taman Layang-Layang dan seterusnya berakhir di MDS. 

“Jalan-jalan yang terlibat adalah Jalan Sentral, Jalan Wharf, Jalan Repok, Jalan Seng Lee, Jalan Getah, Jalan Bersatu dan Jalan Nyelong,” katanya. 

Oleh itu, katanya, orang awam dinasihatkan untuk merancang perjalanan lebih awal, menggunakan laluan alternatif yang disediakan serta mematuhi arahan pegawai polis dan petugas trafik di lokasi. 

Oleh Earl Anek 

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Ular katam tebu ditemui dalam parit rumah berjaya ditangkap
Next: 22 NGO Meradong terima cek MRP di Sarikei

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.