Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • 14 prosedur kardiak kecemasan dilaksanakan di unit hospital haji Arab Saudi
  • SEMASA

14 prosedur kardiak kecemasan dilaksanakan di unit hospital haji Arab Saudi

Utusan Sarawak 1 day ago
Foto Agensi Berita Arab Saudi

MAKKAH:  Hospital Timur Arafah di bawah Kluster Kesihatan Makkah berjaya melaksanakan 14 prosedur kateterisasi jantung kecemasan sejak awal musim haji, lapor Agensi Berita Saudi (SPA).

Prosedur itu yang bermula serentak dengan permulaan musim Haji, dilaksanakan di bawah pengawasan langsung di lapangan oleh Kota Perubatan Raja Abdullah di Makkah.

Menurut Kluster Kesihatan Makkah, pasukan kardiologi khusus itu turut dibantu oleh para profesional Saudi terlatih dalam bidang anestesia, kejururawatan dan penjagaan kecemasan jantung.

Penggunaan unit kateterisasi jantung bergerak di kawasan suci dilihat sebagai satu langkah penting dalam penyampaian perkhidmatan kecemasan kardiak, kerana membolehkan rawatan segera tanpa perlu memindahkan pesakit ke pusat pakar luar.

Langkah itu dapat meningkatkan keselamatan pesakit dan memastikan kesinambungan rawatan sepanjang musim haji.– Bernama-SPA

Continue Reading

Previous: Arab Saudi perkenal gelang kesihatan pintar untuk anggota keselamatan semasa haji
Next: PM Anwar terima kunjungan Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.