Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Penutupan jalan dua hari bermula esok di Betong sempena Perarakan Gawai Dayak 2025
  • Selatan
  • WILAYAH

Penutupan jalan dua hari bermula esok di Betong sempena Perarakan Gawai Dayak 2025

Utusan Sarawak 2 days ago
KETUA Polis Daerah Betong, DSP Zamry Alli. -Foto Adi Safarman

BETONG: Bermula esok hingga Sabtu ini, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Betong melalui Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik akan melaksanakan penutupan jalan sepenuhnya, khususnya di kawasan Pasar Lama Betong serta beberapa jalan utama di sekitar bandar ini.

Ketua Polis Daerah Betong, DSP Zamry Alli berkata beberapa jalan utama di kawasan pasar lama dan sekitar Bandar Betong akan ditutup selama dua hari, bermula esok untuk memastikan kelancaran Program Perarakan Gawai Dayak peringkat Bahagian Betong 2025 yang dijadual berlangsung pada Sabtu ini.

“Penutupan jalan akan bermula pada 8.00 pagi esok di Jalan Temenggong Datuk Montegrai iaitu sepanjang hadapan Rumah Rehat Betong (tutup sementara) bagi memberi peluang kepada upacara raptai.

“Manakala pada hari Sabtu seawal 7.00 pagi hingga 12.30 tengah hari, Jalan Temenggong Datuk Montegrai iaitu sepanjang hadapan Rumah Rehat Betong dan Jalan Pengarah Isek serta Jalan Betong akan ditutup sepenuhnya,” katanya dalam satu kenyataan.

Zamry berkata pengguna jalan raya disarankan menggunakan laluan alternatif seperti Jalan Bebangai, Jalan Spine, Jalan Tanjong Assam, Jalan Sie Kwang Ngak dan Jalan Kampung Hilir Betong.

“Penutupan jalan ini adalah menentukan keselamatan pengguna jalan raya dan memastikan kelancaran aliran trafik dikawal serta diselaras dengan efektif. 

“Pihak PDRM menasihatkan kepada semua pengguna jalan raya supaya mematuhi peraturan lalu lintas serta mematuhi arahan daripada anggota penguatkuasa yang bertugas di jalan raya sepanjang tempoh program diadakan. 

“Disarankan juga kepada orang ramai untuk bijak dalam pengaturan masa agar tidak tersekat dalam kesesakan jalan raya di kawasan yang telah ditetapkan bagi mengelakkan sebarang kesulitan di kemudian hari,” katanya.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Gawai Dayak lambang semangat tradisi pelbagai kaum di Sarawak
Next: Abdullah Saidol kesal projek RTP belum dilaksana, suarakan kebimbangan penduduk

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.