Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Lesen pengilangan cecair rokok elektronik di bawah bidang kuasa MITI
  • SEMASA

Lesen pengilangan cecair rokok elektronik di bawah bidang kuasa MITI

Utusan Sarawak 4 days ago
GAMBAR hiasan.

PUTRAJAYA: Pengeluaran lesen pengilang kepada sebuah syarikat bagi mengeluarkan peranti rokok elektronik mengandungi cecair atau gel campuran nikotin secara interim adalah di bawah bidang kuasa Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).

Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi kenyataan memaklumkan pengeluaran lesen itu adalah melalui Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) berdasarkan Akta Penyelarasan Perindustrian 1975 dan pihak berkuasa tempatan (PBT) melalui Penguatkuasaan Undang-Undang Kecil (Aktiviti Perlesenan).

“Bagaimanapun, aktiviti pengimportan, pengilangan dan pengedaran cecair rokok elektronik di pasaran tempatan dikawal di bawah Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 Akta 852,” menurut kenyataan itu di sini hari ini.

KKM menjelaskan di bawah Seksyen 2, Akta 852, cecair rokok elektronik ditafsirkan sebagai bahan merokok, iaitu apa-apa bahan atau gabungan bahan digunakan untuk merokok termasuk nikotin, propylene glycol, glycerol dan triethylene glycol.

Menurut KKM, bahan merokok itu merupakan produk merokok yang dibenarkan untuk didagangkan di pasaran tempatan, namun dikawal ketat di bawah Akta 852 bersama peraturan dan perintah di bawahnya. 

KKM memaklumkan kawalan produk merokok juga melibatkan pelbagai agensi kerajaan lain seperti Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) bagi kawalan pengimportan melalui Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2008.

Selain itu, pengujian piawaian keselamatan peranti dilakukan SIRIM dan dikuatkuasakan di bawah Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan) Peranti Rokok Elektronik 2022 di bawah Akta Perihal Dagangan 2011 oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

Sebarang keputusan berkaitan aktiviti pengimportan, pengilangan dan pengedaran cecair rokok elektronik merupakan keputusan kolektif oleh semua agensi kerajaan terlibat.

Menurut kenyataan itu, Akta 852 juga memperuntukkan kuasa kepada KKM untuk membuat pemantauan dan penguatkuasaan terhadap kandungan dan emisi semua jenis produk merokok.

KKM komited untuk memastikan penguatkuasaan dan kawalan pada tahap maksimum bagi memastikan perlindungan kesihatan dan keselamatan masyarakat.

-Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Petronas pertingkat projek LNG, jamin bekalan jangka panjang China
Next: Sarawak tarik pelaburan dua syarikat Jepun

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.