Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Lebih 3,300 tan air zamzam digunakan di Masjid Nabawi  
  • SEMASA

Lebih 3,300 tan air zamzam digunakan di Masjid Nabawi  

Utusan Sarawak 4 days ago
AIR zamzam digunakan di Masjid Nabawi.

MADINAH: Sebanyak 3,360 tan air zamzam digunakan di Masjid Nabawi dalam tempoh 15 hari semasa musim haji tahun ini, menurut Pihak Berkuasa Am bagi Penjagaan Hal Ehwal Masjidil Haram dan Masjid Nabawi.

Agensi Akhbar Saudi (SPA) melaporkan bahawa dari 15 Zulkaedah hingga 1 Zulhijah, sebanyak 218,336 botol air zamzam telah diedarkan kepada jemaah dan pengunjung di bahagian lelaki dan wanita Masjid Nabawi.

Pihak berkuasa itu telah meningkatkan perkhidmatan secara ketara bagi menampung pertambahan jumlah jemaah yang hadir.

Ini termasuk memastikan bekalan air zamzam sentiasa boleh diakses sama ada melalui tong, botol, atau di tempat minum air sejuk yang disediakan di dalam masjid, di atas bumbung serta di dataran luar.

Selain itu, sebanyak 301,802 juadah iftar telah disediakan kepada mereka yang berpuasa di Masjid Nabawi, dan diagihkan di kawasan khas untuk berbuka puasa.

-Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Kerajaan teliti undang-undang fokus peranan ibu bapa, cegah penderaan kanak-kanak
Next: Warna-warni Gawai Dayak sambut pelancong di Kuching dan Sibu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.