Barisan hadapan perlu sokongan moral

Facebook
WhatsApp

LIMBANG: Pengalaman berdepan dengan wabak Covid-19 merupakan sesuatu yang menakutkan dan mencabar bagi doktor, jururawat dan kakitangan hospital Daerah Limbang.

Menyedari tugasan mereka berdepan risiko tinggi, warga kerja Kementerian Kesihatan Malaysia Bahagian Limbang menuntut kerjasama sepenuhnya diberikan dalam mematuhi arahan PKP dan terus memberi sokongan moral kepada petugas di barisan hadapan Covid-19 ini.

Sehubungan itu, Menteri Muda Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kota Datuk Dr Abdul Rahman Ismail  serta  ADUN  Batu Danau Paulus Palu  Gumbang turut bermurah hati menyumbang kemudahan komputer riba dan printer bagi memudahkan mereka  menjalankan tugas khusus dalam pengurusan maklumat  serta data berkaitan wabak Covid-19.

Sebanyak empat unit komputer riba dan empat unit printer diserahkan sendiri oleh Residen Limbang Ir Ahmad Denney Ahmad Fauzi kepada Pengarah Hospital Limbang Dr Nanthakumar Thirunavukka  dan Pegawai Kesihatan Daerah Lawas Dr. Farida Nazahiya  Mohd Salleh.

Turut menyaksikan penyerahan sumbangan ini ialah Pegawai Daerah Limbang yang juga Pengerusi Pengurusan Bencana Daerah Limbang Superi Awang Said dan  Pegawai Daerah Lawas yang juga Pengurusan Bencana Daerah Lawas Ladin Atok.