KUCHING: Pusat Khidmat Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Batu Kawa telah menyumbangkan bantuan makanan kepada seramai 4,150 Ketua Isi Rumah (KIR).
Menurut kenyataan Pusat Khidmat SUPP Batu Kawa, penerima adalah berasal dari Kampung Sungai Tengah, Kampung Sina Budi Baru, Kampung Sina Budi Lama, Taman Desa Wira, Batu Kawah RPR, Kampung Stapok, Rumah Flat Batu Kawa Tudong, MJC, kawasan Stapok, Sri Emas dan 10 kawasan lain di Batu Kawa.
“Semua penerima ini memohon bantuan melalui Pusat Khidmat, pemimpin masyarakat dan telah diluluskan oleh Jabatan Kebajikan.
“Sejak PKP ini, Pusat Khidmat Batu Kawa telah mengagihkan bantuan mengikut enam fasa. Kebanyakan barang keperluan disediakan oleh Kerajaan Sarawak melalui Jabatan Daerah dan Jabatan Kebajikan,” katanya
ADUN Batu Kawah, Profeser Dato Sri Dr. Sim Kui Hian turut menyumbangkan beberapa barangan penting kepada mereka yang memerlukan.
“Semua pengedaran barangan keperluan dilakukan oleh pemimpin masyarakat atau ketua daerah untuk megurangkan risiko pencemaran pada masa PKP.
“Dengan perlanjutan PKP hingga 28 April, usaha pengedaran barang keperluan juga akan diteruskan dan mereka yang menghantar permohonan melalui cabang SUPP dan pemimpin masyarakat, maklumat peribadi mereka akan diperbaharui sekali gus memastikan mereka yang layak boleh menerima bantuan dalam tempoh PKP ini,” katanya.