Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Sistem ‘Golden Dome’ percuma untuk Kanada jika sertai Amerika Syarikat – Trump
  • GLOBAL

Sistem ‘Golden Dome’ percuma untuk Kanada jika sertai Amerika Syarikat – Trump

Utusan Sarawak 3 weeks ago
PRESIDEN Amerika Syarikat, Donald Trump, berucap di hadapan peta sistem pertahanan peluru berpandu yang dicadangkan, “Golden Dome”, di Pejabat Oval, Rumah Putih pada 20 Mei 2025 di Washington, DC. Presiden Trump mengumumkan rancangan beliau untuk “Golden Dome”, sebuah sistem pertahanan kebangsaan terhadap peluru berpandu balistik dan peluru berpandu jelajah. Foto AFP

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Selasa menyatakan bahawa Kanada boleh menyertai sistem perlindungan pertahanan udara AS yang dirancang, dikenali sebagai ‘Golden Dome’, sama ada dengan membayar AS$61 bilion atau menjadi sebahagian daripada Amerika Syarikat, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

“Saya beritahu Kanada, yang sangat ingin menyertai Sistem Golden Dome kita yang luar biasa, bahawa ia akan menelan belanja AS$61 bilion jika mereka kekal sebagai negara berasingan… — namun kosnya adalah SIFAR DOLAR jika mereka menjadi negeri ke-51 yang kita kasihi,” tulis Trump dalam platform Truth Social miliknya.

“Mereka sedang mempertimbangkan tawaran ini!”

Kenyataan Trump itu dikeluarkan tidak lama selepas Perdana Menteri Kanada Mark Carney, memberitahu CBC bahawa beliau berhasrat untuk menandatangani satu inisiatif pertahanan utama Eropah menjelang 1 Julai, sebagai langkah mengurangkan kebergantungan negara itu terhadap AS dalam aspek senjata dan peluru.

Carney secara konsisten menolak usaha Trump untuk menjadikan Kanada sebagai negeri ke-51.

Dalam satu pertemuan baru-baru ini dengan Trump di Pejabat Oval, Carney menegaskan bahawa ‘Kanada bukan untuk dijual.’

Minggu lalu, Trump mendedahkan lebih banyak butiran mengenai projek bernilai AS$175 bilion itu, yang dijangka beroperasi sebelum tamat penggal pemerintahannya pada 2029, serta mampu memintas dron dan peluru berpandu dari mana-mana lokasi di dunia, termasuk dari angkasa lepas.

Trump melancarkan inisiatif Golden Dome tidak lama selepas memulakan penggalnya pada Januari.

Sistem itu diinspirasikan daripada Iron Dome milik Israel, namun akan diubah suai mengikut keperluan AS dan disepadukan dengan infrastruktur pertahanan sedia ada.– Bernama-dpa

Continue Reading

Previous: Ibadah haji bermula 4 Jun ini
Next: Suruhanjaya EU: Negara anggota semakin hampir capai sasaran iklim 2030

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.