Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Nurul Izzah dahului persaingan bagi jawatan Timbalan Presiden PKR
  • NASIONAL

Nurul Izzah dahului persaingan bagi jawatan Timbalan Presiden PKR

Utusan Sarawak 15 hours ago

Rafizi dan Nurul Izzah

JOHOR BAHRU: Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Nurul Izzah Anwar mendahului persaingan bagi jawatan Timbalan Presiden pada pemilihan sesi 2025-2028, berdasarkan keputusan tidak rasmi.

Sumber memaklumkan Nurul Izzah memperoleh jumlah undian yang tinggi berbanding penyandangnya, Datuk Seri Rafizi Ramli yang juga Menteri Ekonomi.

Berdasarkan keputusan itu, Nurul Izzah mendahului dengan 9, 803 undi manakala Rafizi memperoleh 3,866,  

Pemilihan kepimpinan baharu PKR itu berlangsung hari ini dari 8 pagi hingga 5 petang.

Sementara itu, sumber rapat kepada Rafizi turut mengesahkan perkembangan tersebut.

Keputusan rasmi pemilihan dijangka diumumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada pada 9 malam ini. 

Perebutan bagi mengisi jawatan Naib Presiden PKR pula menyaksikan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari mendahului persaingan.

Ia diikuti Timbalan Ketua Penerangan 1 PKR Datuk Seri R. Ramanan, Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun serta Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Chang Lih Kang.

— BERNAMA

Continue Reading

Previous: Tiga masjid utama JAKIM adakan solat hajat, doa Qunut Nazilah untuk Palestin
Next: Nurul Izzah tewaskan Rafizi dengan beza undi hampir 6,000

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.