Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Malaysia, Turkiye rancang MoU perkukuh dasar kekeluargaan – Nancy
  • SEMASA

Malaysia, Turkiye rancang MoU perkukuh dasar kekeluargaan – Nancy

Utusan Sarawak 11 hours ago
MENTERI Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri. -Foto Bernama

KUALA LUMPUR: Malaysia dan Turkiye komited untuk memperkukuh kerjasama dalam dasar kekeluargaan serta perkhidmatan sosial inklusif menerusi cadangan pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) antara kedua-dua negara.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri berkata perkara itu dibincangkan dalam pertemuan bersama rakan sejawatnya dari Turkiye, Menteri Perkhidmatan Keluarga dan Sosial Mahinur Özdemir Göktaş hari ini.

Beliau berkata pertemuan itu memberi ruang kepada kedua-dua pihak untuk membincangkan cabaran bersama dalam isu kekeluargaan, termasuk penurunan kadar kelahiran dan perubahan struktur keluarga.

“Kami turut berkongsi amalan terbaik termasuk insentif kepada pasangan baru berkahwin dan ibu bapa di Turkiye, serta inisiatif Malaysia seperti skim simpanan kelahiran dan usaha memperkukuh institusi perkahwinan,” katanya dalam catatan menerusi Facebook hari ini.

Nancy berkata Malaysia juga mencadangkan pewujudan Memorandum Persefahaman (MoU) dalam pemerkasaan digital wanita serta penjagaan berasaskan komuniti bagi kanak-kanak, warga emas dan orang kurang upaya.

Beliau berkata langkah itu sejajar dengan komitmen Malaysia dalam memperkukuh agenda pembangunan sosial yang lebih inklusif, khususnya peranan negara sebagai Pengerusi ASEAN 2025.

-Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: DUN: Transformasi menyeluruh Mahkamah Bumiputera Sarawak akan dilaksanakan
Next: Malaysia akan terus sokong pembangunan pendigitalan dan AI di rantau ini -PM Anwar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.