Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • DUN: Pertimbang penubuhan pusat pendidikan khas, kolej Tingkatan 6 di Daro
  • SEMASA

DUN: Pertimbang penubuhan pusat pendidikan khas, kolej Tingkatan 6 di Daro

Utusan Sarawak 21 hours ago
SAFIEE Ahmad (GPS- Daro) semasa membahaskan Usul Ucapan Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar pada Persidangan DUN Sarawak Ke-19, hari ini. -Foto UKAS

PETRA JAYA: Isu keciciran pelajar luar bandar terus menjadi perhatian serius dengan keperluan mendesak untuk memperkukuh aspek pendidikan, khususnya bagi pelajar pendidikan khas dan pelajar pra-universiti di kawasan luar bandar di Daro.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daro, Safiee Ahmad berkata, kadar keciciran pelajar di peringkat sekolah rendah, terutamanya dalam kalangan anak-anak istimewa yang memerlukan pendidikan khas, adalah membimbangkan.

Hal ini berlaku kerana tidak semua sekolah kebangsaan di luar bandar menyediakan kelas pendidikan khas, sekali gus menyebabkan pelajar-pelajar ini tercicir daripada sistem pendidikan arus perdana.

“Di kawasan saya, hanya ada sebuah sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Hijrah Badong sahaja yang mempunyai kelas pendidikan khas.

“Sehubungan itu, saya memohon agar Kementerian Pendidikan Malaysia dapat mencari kaedah yang terbaik bagaimana untuk menyediakan pendidikan khas ini supaya lebih banyak serta mudah diakses khususnya sekolah di luar bandar agar anak-anak istimewa ini dapat dididik dengan menggunakan metodologi atau teknik pendidikan yang sesuai supaya bakat dan potensi mereka dapat dibangunkan untuk menjadi insan yang berjaya pada masa hadapan,” ujar beliau.

Beliau berkata demikian semasa membahaskan Usul Ucapan Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar pada Persidangan DUN Sarawak Ke-19, hari ini.

Dalam masa yang sama, beliau turut menekankan keperluan menubuhkan sebuah kolej atau pusat khas bagi pelajar Tingkatan 6 di daerah Daro memandangkan buat masa ini, kelas Tingkatan 6 yang sedia ada hanya menumpang di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Toh Puan Datuk Patinggi Hajah Normah Daro dan turut menampung pelajar dari sekolah sekitar seperti SMK Matu, SMK Semop dan SMK Belawai.

“Sebagai pusat tingkatan 6 bagi menampung pelajar daripada luar bandar yang memerlukan mereka tinggal di asrama, maka saya melihat keperluan sebuah pusat atau kolej khusus untuk tingkatan 6 perlu dibina di daerah Daro agar satu kemudahan pusat pendidikan yang kondusif khusus untuk pelajar di peringkat pra-universiti ini dilengkapi dengan keperluan khas termasuk kepada yang mengambil aliran sains dan teknologi serta asrama yang selesa dapat disediakan.

“Ini penting supaya mutu pendidikan khususnya kepada pelajar di luar bandar dapat diperkasakan seterusnya berjaya melanjutkan pengajian mereka ke peringkat universiti,” tegasnya lagi. -UKAS

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: DUN: Jalan di Balingian perlu dinaik taraf tangani banjir
Next: DUN: 551 lesen industri gas dikeluarkan di Sarawak sejak pindaan DGO 2016

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.