KUCHING, 25 Oktober: Tebedu mencatat bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) tertinggi di Sarawak dengan bacaan 197 dalam kategori tidak sihat setakat 8.00 malam ini.
Berdasarkan data pemantauan IPU, IPD Serian (MCAQM) merekodkan bacaan kedua tertinggi, iaitu 189, diikuti Kuching dengan 178 dan Samarahan dengan 175.
Lundu dan Lubok Antu masing-masing mencatat bacaan 166, manakala Sri Aman dan Betong (MCAQM) merekodkan bacaan 155.
Sibu pula mencatat bacaan 152, diikuti Kanowit dengan 150 dan Sarikei dengan 148.
Selain itu, Belaga merekodkan bacaan 106, manakala tujuh stesen lain mencatat bacaan sederhana antara 62 hingga 93, termasuk Bario, Limbang, Lawas, ILP Miri, Miri, Mukah, Kapit, Samalaju dan Bintulu.
Secara keseluruhan, 14 daripada 21 stesen pemantauan di Sarawak merekodkan bacaan IPU dalam kategori tidak sihat, manakala tujuh stesen berada pada tahap sederhana.



