Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • DUN: Sirung-1 ditemui di perairan Balingian, gesa kerajaan bangunkan kemudahan pendaratan minyak, gas
  • SEMASA

DUN: Sirung-1 ditemui di perairan Balingian, gesa kerajaan bangunkan kemudahan pendaratan minyak, gas

Utusan Sarawak 1 day ago
ABDUL Yakub (GPS- Balingian) semasa perbahasan mengenai penemuan telaga minyak dan gas baharu Sirung-1 oleh Petronas pada 30 Mac 2021 di perairan cetek Balingian membuka lembaran baharu kepada potensi pembangunan industri minyak dan gas di kawasan Mateding, Balingian pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak ke-19, hari ini. -Foto UKAS

PETRA JAYA: Penemuan telaga minyak dan gas baharu Sirung-1 oleh Petronas pada 30 Mac 2021 di perairan cetek Balingian membuka lembaran baharu kepada potensi pembangunan industri minyak dan gas di kawasan Mateding, Balingian.

Abdul Yakub (ADUN Balingian), menggesa kerajaan negeri agar membangunkan sebuah premis pendaratan hasil minyak dan gas di kawasan tersebut.

“Kawasan Mateding dikenal pasti sebagai lokasi paling strategik untuk menempatkan aktiviti ini.

“Sekiranya direalisasikan, pembangunan ini bukan sahaja membuka peluang pekerjaan kepada belia tempatan, tetapi juga mengurangkan penghijrahan tenaga kerja ke bandar.

“Penemuan ini yang terletak di perairan cetek Balingian di bawah Kontrak Perkongsian Pengeluaran (PSC) Blok SK405B dapat dijadikan sebagai pemangkin utama kepada pembangunan ekonomi kawasan tengah Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa perbahasan usul penghargaan atas ucapan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, hari ini.

Beliau turut mencadangkan penubuhan sebuah institusi latihan teknikal di kawasan Mateding bagi melatih tenaga kerja mahir dalam sektor minyak dan gas serta industri berkaitan. 

“Usaha ini mampu menjadikan Balingian sebagai hab industri baharu yang mampan dan berdaya saing.

“Dengan pendekatan dua serampang ini, pembangunan industri dan latihan kemahiran di kawasan Balingian dijangka memainkan peranan penting dalam menyokong agenda Sarawak sebagai negeri maju menjelang 2030 khususnya dalam sektor tenaga dan pembangunan ekonomi luar bandar,” ujarnya.

Oleh Masrin Affirah

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: DUN: Gesa tindakan segera tangani isu pengusaha sarang burung walit di Sarawak
Next: DUN: Tingkat isu keselamatan awam dan infrastruktur

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.