Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Raja Charles zahir sokongan kepada Biden selepas disahkan hidap kanser
  • GLOBAL

Raja Charles zahir sokongan kepada Biden selepas disahkan hidap kanser

Utusan Sarawak 14 hours ago
RAJA Charles III berkenan menzahirkan sokongan secara peribadi selepas bekas Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden disahkan menghidap kanser prostat

LONDON: Raja Charles III berkenan menzahirkan sokongan secara peribadi selepas bekas Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden disahkan menghidap kanser prostat, lapor PA Media/dpa.

Baginda, yang kini masih menjalani rawatan bagi kanser yang tidak didedahkan secara terperinci, menzahirkan sokongan kepada Biden sejurus menerima perkhabaran mengenai keadaan kesihatan bekas presiden itu.

Biden disahkan menghidap kanser pada Jumaat lalu dan ujian perubatan mengesahkan bahawa sel kanser telah merebak ke bahagian tulangnya.

Pada Isnin, Biden memuat naik kenyataan pertamanya di media sosial selepas pengumuman perubatan, mengucapkan terima kasih atas sokongan yang diterimanya.

“Kanser menyentuh kehidupan kita semua.

“Seperti ramai antara anda, saya dan Jill belajar bahawa kita menjadi paling kuat di saat-saat kita paling rapuh.

“Terima kasih kerana terus menyemarakkan semangat kami dengan kasih sayang dan sokongan,” tulisnya.

Pada Julai 2023, Raja Charles berkenan menerima kunjungan rasmi Biden, ketika itu Presiden AS, untuk menikmati jamuan teh serta mengadakan perbincangan di Istana Windsor.

Menurut jurucakap diraja, hubungan antara kedua-duanya disifatkan sebagai “amat mesra”.

Terdahulu, Biden turut berlepas ke London bagi menghadiri Istiadat Pemakaman Negara Ratu Elizabeth II pada 2022.

Manakala pada 2021, ketika menyandang gelaran Putera Wales, Raja Charles mengadakan mesyuarat dua hala bersama Biden semasa Sidang Kemuncak Iklim COP26 di Glasgow.

Biden turut menyuarakan rasa prihatinnya ketika baginda disahkan menghidap kanser pada awal 2024. — Bernama-dpa

Continue Reading

Previous: Israel sasar hospital ditaja Qatar di Gaza
Next: Warga Singapura berdepan kes curi AS$263 juta mata wang kripto

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.