Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KESIHATAN
  • Hospital Sibu anjur Kempen Derma Darah
  • KESIHATAN

Hospital Sibu anjur Kempen Derma Darah

Utusan Sarawak 17 hours ago
POSTER…Orang ramai digesa menderma darah pada 24 dan 25 Mei ini.

SIBU: Unit Transfusi Darah Hospital Sibu menggesa orang ramai untuk menyertai kempen derma darah yang akan diadakan hujung minggu ini bagi memastikan bekalan darah mencukupi untuk keperluan pesakit di hospital itu.

Menurut kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook Bank Darah Hospital Sibu, kempen berkenaan dijadual berlangsung pada 24 dan 25 Mei di dua lokasi berbeza.

“Pada 24 Mei, kempen akan diadakan dari 9.00 pagi hingga 1.00 petang oleh Proton Edar Sdn. Bhd di Jalan Bukit Lima.

“Pada 25 Mei pula, sesi derma darah akan berlangsung dari 9.30 pagi hingga 2 petang oleh Sibu Life Care Society di Zon Jingga, Star Megamall,” menurut kenyataan itu.

Sehubungan itu, orang ramai termasuk penderma Gen Z sangat digalakkan untuk tampil mengambil bahagian bagi membantu menampung keperluan darah hospital.

Untuk maklumat lanjut mengenai aktiviti kempen derma darah, orang ramai boleh menghubungi Tabung Darah Hospital Sibu di talian 084-343333 sambungan 2010.

Oleh Tarani Lanting

Tags: Kesihatan

Continue Reading

Previous: Gelombang baharu COVID-19 landa Asia Tenggara, kes melonjak di seluruh Asia
Next: Tiga rakyat Malaysia menerima anugerah ‘World No Tobacco Day Award’

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.