Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • DUN: 55,184 individu berpendapatan rendah terima bantuan RM98.8 juta sehingga April
  • SEMASA

DUN: 55,184 individu berpendapatan rendah terima bantuan RM98.8 juta sehingga April

Utusan Sarawak 15 hours ago
DATO Sri Fatimah Abdullah menjawab soalan lisan daripada Datuk Mong Dagang (GPS – Bukit Begunan) semasa Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak hari ini.

PETRA JAYA: Seramai 55,184 individu berpendapatan rendah di seluruh Sarawak telah menerima pelbagai bentuk bantuan kebajikan daripada kerajaan negeri dan Persekutuan dengan jumlah perbelanjaan mencecah RM98.8 juta bagi tempoh Januari hingga April tahun ini.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, bantuan tersebut melibatkan pelbagai kategori penerima termasuk warga emas, kanak-kanak, orang kurang upaya (OKU), ibu tunggal, pesakit terlantar dan golongan belia.

“Sebanyak 45,240 penerima mendapat bantuan bulanan di bawah peruntukan Persekutuan berdasarkan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) nasional iaitu RM1,198 sebulan, manakala 9,944 penerima lagi menerima bantuan am negeri berdasarkan PGK negeri sebanyak RM990,” katanya.

Antara pecahan bantuan tersebut ialah, Bantuan Warga Emas: 21,604 penerima (RM51.3 juta), Bantuan Kanak-Kanak: 6,580 penerima (RM12,209,700 juta), Bantuan Am: 9,935 penerima (RM8.97 juta), Elaun Pekerja OKU (EPOKU): 3,445 penerima (RM6.12 juta), Bantuan Penjagaan OKU/Pesakit Terlantar: 2,356 penerima (RM4.64 juta), Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB): 11,230 penerima (RM15.5 juta), Bantuan Anak Pelihara: 25 penerima (RM29,000) dan Bantuan Belia-Beliawanis: sembilan penerima (RM3,200).

Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan lisan daripada Datuk Mong Dagang (GPS – Bukit Begunan) semasa Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di sini hari ini.

Dalam pada itu, Dato Sri Fatimah turut memaklumkan bahawa seramai 1,323 penerima bantuan kebajikan direkodkan di DUN Bukit Begunan sahaja dengan jumlah keseluruhan bantuan melebihi RM622,000.

“Kementerian saya menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak (JKMS) turut menggalakkan penerima bantuan bulanan yang produktif untuk menyertai program keusahawanan Wellbest Entrepreneur Grant dengan jumlah maksimum RM5,000,” jelasnya.

Oleh Masrin Affirah/Amanda L.

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: DUN: Sarawak rangka pelan induk pelabuhan menyeluruh, tubuh SarPA sebagai penyelaras utama
Next: FINAS anjur program libat urus bersama penggiat industri kreatif Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.