Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 98 keluarga lima kawasan terjejas banjir dapat bantuan makanan
  • Tengah
  • WILAYAH

98 keluarga lima kawasan terjejas banjir dapat bantuan makanan

Utusan Sarawak 2 months ago
BANTUAN… Lau mengetuai pasukan SUPP Cawangan Bawang Assan menghulurkan bantuan makanan kepada 98 keluarga dari lima kawasan yang terjejas akibat banjir (Bawang Assan), baru-baru ini.

SIBU: Pasukan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Bawang Assan telah menghulurkan bantuan makanan kepada 98 keluarga dari lima kawasan yang terjejas akibat banjir, baru-baru ini.

Lima kawasan yang terjejas adalah termasuk Tanjung Kunyit, Sungai Bidut, Sungai Sadit, Lebaan dan Engkilo.

Pengerusi SUPP Cawangan Bawang Assan, Kaunselor Kevin Lau Kor Jie, berkata kebanyakan rumah keluarga terbabit terjejas akibat air banjir yang masuk ke rumah mereka.

“Pagi ini, bersama pasukan saya dari SUPP Cawangan Bawang Assan telah menyampaikan bantuan makanan kepada seramai 98 keluarga yang terjejas akibat banjir, baru-baru ini. 

“Kami membantu memohon bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak melalui Pejabat Residen Sibu,” katanya.

Kevin Lau menzahirkan penghargaan kepada ahli majlis, kapitan, dan penghulu atas kerjasama yang diberikan untuk menghulurkan sedikit bantuan kepada keluarga yang terjejas.

“Ini bagi meringankan beban mereka dan juga Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak Bahagian Sibu atas maklum balas yang segera terhadap penyerahan kami,” katanya.

Kevin Lau, juga memaklumkan telah melihat laporan berita bahawa kemungkinan akan menghadapi satu lagi air pasang pada 31 Mac ini (esok).

“Kita semua berharap cuaca baik, saya juga berharap semua penduduk akan melakukan langkah berjaga-jaga yang diperlukan dan memastikan keselamatan semua orang dijaga dengan baik,” kata beliau.

Turut hadir ialah Kaunselor Justin Wong, Kaunselor Yong Ing Hock, Kaunselor Rory Wong, Penghulu Steven Tiew, Penghulu Wong Ung, Kapitan Tang Chuo Ging, Kapitan Chew Hoo Kiong, Kapitan Ting Siew Kiew, Kapitan Tang Chuo Ging, Kapitan Hii Sie Nguok dan ahli pasukan SUPP Cawangan Bawang Assan.

Oleh Akun Giman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: 76 warga SK Ulu Pedanum sertai ceramah kesedaran keselamatan kebakaran 
Next: Kumpul dana bagi penganjuran Bazar Gawai Dayak 1 – 24 Mei tahun ini  

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.