Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • 946 permohonan taraf kewarganegaan berjaya diselesaikan 
  • SEMASA

946 permohonan taraf kewarganegaan berjaya diselesaikan 

Utusan Sarawak 9 months ago

PETRA JAYA: Sebanyak 946 permohonan di bawah Perkara 15A Perlembagaan Persekutuan iaitu permohonan taraf kewarganegaraan yang tertangguh lama telah berjaya diselesaikan oleh Jawatankuasa Khas Status Kewarganegaraan (JKKSK) negeri Sarawak.

Jawatankuasa yang  dipengerusikan bersama oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah adalah monumental dalam memangkin kelancaran membuat keputusan mengenai permohonan kewarganegaraan di Sarawak.

Fatimah berkata, pada mesyuarat Jawatankuasa Khas Status Kewarganegaraan Peringkat Sarawak Bil. 1/2024 pada 17 Ogos lalu, sebanyak 306 permohonan telah dibentangkan. 

“Daripada jumlah ini, 225 iaitu bersamaa 74 peratus permohonan telah diluluskan dan 81 (26 peratus) permohonan ditolak. 

 “Antara sebab ditolak bagi anak tak sah taraf adalah kesukaran ibu bapa mendaftar perkahwinan sah di Malaysia apabila berdepan konsulat asing,” katanya pada sidang media di Bangunan Baitul Makmur II, hari ini.

Hari ini, beliau telah mempengerusikan Mesyuarat Bulanan Jawatankuasa Khas Status Kewarganegaraan JKSSK

 Perkara 15A Peringkat Negeri Sarawak Bil. 1/2024.

 Mesyuarat bulanan ini adalah susulan daripada pertemuan ringkas antara beliau dengan Menteri Dalam Negeri pada 24 Julai dan surat menteri itu bertarikh 30 Julai.

Antara lain Menteri Dalam Negeri menyatakan tiada halangan dengan cadangan mewujudkan suatu mekanisme bulanan Jawatankuasa Khas Status Kewarganegaraan JKKSK bagi Perkara 15A Peringkat Negeri Sarawak antara pihak Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti (KPWK) Sarawak dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Negeri Sarawak.

“Begitu pun, prosedur operasi standard dan terma rujukan jawatankuasa khas bulanan ini perlulah memberi fokus kepada urusan verifikasi permohonan; memberi keutamaan kepada urusan fasilitasi proses permohonan dan mengemukakan syor kepada JKKSK.

“Semua keputusan akhir terhadap semua permohonan kewarganegaraan  adalah tertakluk kepada dasar, peraturan dan mekanisme semasa yang berkuatkuasa,” katanya.

Antara perbincangan utama dalam mesyuarat bulanan JKKSK Perkara 15A Peringkat Negeri Sarawak Bil.1/2024 kali ini adalah pembentangan 10 permohonan kewarganegaraan di bawah Perkara 15A oleh JPN Sarawak.

Ia merangkumi lapan permohonan kewarganegaraan bagi anak tidak sah taraf dari empat pejabat permohonan iaitu masing-masing tiga permohonan di JPN Kuching dan JPN Song, dan masing-masing satu permohonan di JPN Tatau dan JPN Julau.

Dalam pada itu, dua permohonan kewarganegaraan bagi anak jagaan dari dua pejabat permohonan iaitu di JPN Kuching dan JPN UTC Sibu.

Oleh NUR AIN OTSMAN

Gambar

SIDANG MEDIA…Dato Sri Fatimah Abdullah mengadakan sidang media di Bangunan Baitul Makmur II, hari ini.

Continue Reading

Previous: Rombongan BDDA belajar cara Thailand bangun sektor tani, rantaian pemasaran
Next: Nama Fadillah Yusof sekali lagi digunakan untuk akaun FB palsu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.