Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • 9 sekeluarga terselamat, rumah musnah terbakar 100 peratus
  • KEMALANGAN

9 sekeluarga terselamat, rumah musnah terbakar 100 peratus

Utusan Sarawak 2 years ago
MUSNAH… Seunit rumah jenis separuh kekal di Jalan Green Road musnah terbakar 100 peratus petang semalam.

KUCHING: Seramai sembilan sekeluarga sempat menyelamatkan diri apabila kediaman terbakar dalam kejadian di Jalan Green Road di sini petang semalam.

Dalam kejadian berkenaan, sepasukan anggota bomba diketuai Komader Operasi PBT II Jaree Mohamad dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Lintang dikejarkan ke lokasi sejurus menerima panggilan kecemasan menerusi talian MERS999 sekitar 6.49 petang.

Mereka turut dibantu oleh anggota dan jentera dari BBP Padungan.

Setiba di lokasi, didapati seunit rumah jenis separuh kekal terbakar 100 peratus.

Pemadaman dilakukan dan menurut Komander Operasi PBT II Jaree Mohamad,  kesemua sembilan penghuni rumah tersebut berjaya menyelamatkan diri sebelum pihak bomba sampai di lokasi kejadian.

“Terdapat  seorang mangsa dilaporkan mengalami sesak nafas dan telah diberi rawatan awal oleh pasukan EMRS sebelum dihantar ke hospital.

“Punca kebakaran dan jumlah kerugian bagaimanapun masih dalam siasatan,” katanya.

Antara agensi lain di lokasi ialah Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Turut berada di lokasi kejadian ialah para Pegawai Kanan Bomba PKPgB Zainudin Ngatdemon, PPgB Mohamad Hafis Harusani Hafhas dan PPgB Muhd Imran Sabri.

Continue Reading

Previous: Lelaki cedera kereta dipandu terbabas langgar pokok
Next: Lelaki maut kereta dipandu bertembung Land Cruiser

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.