Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 89 daripada 170 calon SPM 2023 peroleh sekurang-kurangnya 5A dalam semua mata pelajaran
  • WILAYAH

89 daripada 170 calon SPM 2023 peroleh sekurang-kurangnya 5A dalam semua mata pelajaran

Utusan Sarawak 11 months ago
UNTUK KENANGAN… Chee (depan, dua kiri) merakam kenangan bersama calon yang mengambil keputusan SPM 2023 di SMK St Elizabeth pada 27 Mei lepas.

SIBU: Seramai 89 daripada 170 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) St Elizabeth, Sibu memperoleh keputusan cemerlang sekurang-kurangnya 5A ke atas dalam semua mata pelajaran.

Pengetuanya, Chee Hue Yiang berkata, keputusan SPM 2023 secara keseluruhan bagi sekolah berkenaan menunjukkan peningkatan lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

“Daripada 16 mata pelajaran, 10 daripadanya telah mencapai peningkatan iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Moral, Matematik, Sains, Geografi, Pendidikan Seni Visual, Matematik Tambahan, Ekonomi dan Bahasa Cina,” katanya pada sidang media, hari ini.

TAHNIAH… Chee (empat kiri) bersama calon cemerlang SPM 2023 SMK St Elizabeth merakam kenangan selepas menerima Anugerah Kecemerlangan Akademik pada Majlis Aspresiasi Kecemerlangan Peperiksaan SPM 2023 Peringkat Negeri Sarawak di Kuching, baru-baru ini.

Menurutnya, seramai lapan calon cemerlang sekolah telah menerima Anugerah Kecemerlangan Akademik pada Majlis Aspresiasi Kecemerlangan Peperiksaan SPM 2023 Peringkat Negeri Sarawak di Kuching, baru-baru ini.

Mereka ialah Lau Yi Xuan yang memperoleh keputusan 8A+, 3A), Loh Jia Min (9A+, 1A, 2A-), Rachel Ling Yi Cheng (7A+, 3A, 1A-), Renee Kang Yan Han (10A+, 1A, 1A-), Teng Siaw Huei (7A+, 3A, 1A-), Ho Xin Yi 8A+, Vanesa Cheng Tin Tin (7A+,2A) dan Elva Ling Enn Hui (7A+, 3A).

Chee berterima kasih kepada guru-guru, lembaga sekolah, persatuan ibu bapa dan guru, persatuan alumni, ibu bapa dan Pejabat Pendidikan Daerah Sibu atas sokongan dan dedikasi mereka.

“Keputusan cemerlang sekolah SPM 2023 adalah hasil usaha berpasukan semua pihak,” katanya.

Oleh Akun Giman


Continue Reading

Previous: Senarai miskin tegar dalam e-Kasih akan dikemaskini
Next: BSMM Cabang Sri Aman sasar 70 penderma layak tampil derma darah esok

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.