86 orang terima bantuan Prihatin Ramadan

Facebook
X
LinkedIn
WhatsApp
Telegram
TERIMA KASIH… Ustaz Azhar Hipni (dua, Kiri) Pegawai Jabatan Agama Islam (JAIS) Bintulu menyerahkan bantuan kepada salah seorang penerima.

TATAU: Seramai 76 orang dari kalangan Urusetia Saudara Kita dan 10 orang penjaja dan peniaga muslim dari Cawangan Tatau menerima bantuan Prihatin Ramadan.

Semalam telah penyampaian simbolik kepada 5 orang penerima. Dan pengagihan akan diteruskan pada hari seterusnya oleh Jawatankuasa Urusetia Saudara Kita Cawangan Tatau.

Bantuan merupakan keperluan barangan makanan seperti beras, gula, minyak masak, milo, teh, sos maggi, mee segera, oren sun valley dan kicap.

Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Ustaz Azhar bin HipniPegawai Jabatan Agama Islam (JAIS) Bintulu.