Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • 821 bungkus barang makanan diagihkan
  • TEMPATAN

821 bungkus barang makanan diagihkan

Utusan Sarawak 5 years ago

EARL ANEK

SARIKEI: Sebanyak 821 agihan barang makanan telah diserahkan ke kawasan Jalan Alamanda, Jalan Ixora, Parit Bugis, Bukit Kinyau, Logpond Bukit Kinyau dan Muara Payang, kelmarin.

Proses pembungkusan dan pengagihan Bantuan Prihatin Masyarakat P 206 telah dilancarkan oleh Ahli Parlimen P206 Tanjong Manis, Ir. Yusuf Abd Wahab di Dewan Sebaguna Kampung Seberang.

Dalam ucapannya, beliau menekankan beberapa pekara penting berkenaan dengan tatacara operasi untuk memastikan kerja-kerja pembungkusan dan pengagihan makanan berjalan dengan lancar.

Yusuf turut membantu sukarelawan menjalankan proses pembungkusan barang makanan di dewan tersebut.

Dalam pada itu, majlis simbolik penyerahan pula telah dilakukan dibeberapa tempat seperti di Bukit Kinyau, Muara Payang dan beberapa rumah Ketua Kaum (KK) Kampung Seberang, Sarikei.

Bantuan bekalan barang makanan ini adalah daripada peruntukan Ahli Parlimen P.206 Tanjong Manis dan juga sumbangan daripada Menteri Muda Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Sarawak yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N41 Kuala Rajang, Datu Len Talif Salleh.

Bantuan barang makanan ini juga disalurkan dari Pusat Khidmat Parlimen P. 206 Tanjong Manis dan juga Pusat Khidmat N.41 Kuala Rajang akan terus diagihkan ke tempat-tempat lain secara berperingkat dan dijangka akan selesai sebelum bulan Ramadan.

Turut terlibat dalam pengagihan tersebut adalah Temenggong, KMKK, Pemuda dan Wanita PBB N41 Kuala Rajang.

Continue Reading

Previous: 4,495 premis perniagaan diperiksa
Next: Sanggup pakai grab

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.