Program Kem Belia perkasa potensi, keyakinan belia

Facebook
WhatsApp
RASMI… Gimik perasmian Program Kem Belia dan Aktiviti Memanjat Dinding sempena Minggu Belia Sarawak 2026 di Kota Samarahan, semalam. Foto APM Samarahan

KOTA SAMARAHAN: Program Kem Belia dan Aktiviti Memanjat Dinding sempena Sambutan Minggu Belia Sarawak 2026 menjadi platform kepada golongan belia untuk mengembangkan potensi diri, membina keyakinan serta memupuk semangat kerjasama.

Program yang berlangsung di Samarahan semalam mengetengahkan pelbagai aktiviti mencabar dan bermanfaat dalam usaha membentuk ketahanan fizikal dan mental dalam kalangan peserta.

CABARAN… Seorang peserta mencuba aktiviti memanjat dinding sempena Minggu Belia Sarawak 2026 di Kota Samarahan, semalam. Foto APM Samarahan

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Samarahan turut dijemput menghadiri majlis perasmian program berkenaan sebagai tanda sokongan terhadap usaha pembangunan dan pemerkasaan golongan belia.

Penglibatan dalam aktiviti berkenaan turut memberi peluang kepada peserta menguji keberanian dan keupayaan diri, selain menggalakkan mereka berkomunikasi serta kerjasama dalam satu pasukan.

Penganjuran program itu diharap dapat memberikan pengalaman bermakna kepada peserta, selain membentuk semangat berpasukan, keberanian dan jati diri dalam kalangan belia.