Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • 817 jemaah haji Sarawak bakal berlepas ke tanah suci
  • SEMASA

817 jemaah haji Sarawak bakal berlepas ke tanah suci

Utusan Sarawak 18 hours ago
BAKAL jemaah haji bersalaman dengan Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar sebelum berangkat ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK). Foto UKAS

KUCHING: Seramai 817 bakal jemaah haji dari Sarawak dijadualkan menunaikan ibadah haji pada musim haji 1446H/2025M.

Kumpulan pertama seramai 142 jemaah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) pada 11.15 malam menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), sebelum meneruskan perjalanan ke Tanah Suci.

BAKAL jemaah haji bersalaman dengan Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi sebelum berangkat ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK). Foto UKAS

Mereka dijadualkan berlepas ke Madinah menaiki pesawat AMAL oleh Malaysia Airlines pada 4.05 pagi keesokan harinya.

Penerbangan tersebut merupakan sebahagian daripada 100 penerbangan sewa khas yang disediakan oleh Lembaga Tabung Haji (TH) bagi musim haji tahun ini.

Majlis pelepasan disempurnakan oleh Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi, di Pusat Konvensyen RAIA, malam ini.

SUASANA di Pusat Konvensyen RAIA sebelum para jemaah bertolak ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK). Foto UKAS

Daripada jumlah keseluruhan jemaah Sarawak, seramai 331 merupakan jemaah lelaki manakala 486 adalah jemaah wanita.

Penerbangan jemaah haji dari Sarawak merupakan penerbangan ke-34 daripada keseluruhan jadual penerbangan khas yang disusun bagi membawa seramai 31,600 bakal haji Malaysia ke Tanah Suci.

Setakat ini, difahamkan hampir 7,000 jemaah dari Malaysia telah selamat tiba di destinasi tersebut.
Oleh Norman B. & Amanda L.

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Azam Baki dilantik semula sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM
Next: Putrajaya, Sarawak sepakat selesai isu Petronas-Petros secara rundingan -PMO

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.